Berita Harian

Tindakan tegas DBKL atasi isu parkir dipuji

-

Kehadiran sekumpulan penguat kuasa bersama beberapa trak tunda tertera logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar kawasan Desa Petaling, beberapa hari lalu menarik tumpuan.

Ramai juga yang kalut, antaranya peniaga dan penjaja yang terpinga-pinga kerana bimbang dikenakan tindakan atas kesalahan dilakukan.

Tidak kurang juga yang kalut tidak bertempat apabila berduyun-duyun hadir sekadar memerhati untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Tahniah DBKL kerana membuktika­n kehadiran penguat kuasa masih mencetus rasa gerun dalam kalangan individu tertentu yang cenderung melakukan kesalahan.

Apa pun, kehadiran penguat kuasa bersama trak tunda di sekitar Desa Petaling tempoh hari amat ditunggu-tunggu.

Bukan sedikit kereta buruk yang tersadai sejak sekian lama di beberapa lokasi sekitar kawasan berkenaan diangkut dan dibawa ke depoh simpanan.

Sebenarnya, isu kereta buruk yang tersadai ini sudah sekian lama mencetus kegusaran.

BH sendiri sering menyiarkan isu sama sebelum ini, selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Undang kesusahan

Bukan sahaja Desa Petaling, banyak lagi lokasi lain khususnya kawasan perumahan atau penempatan di sekitar Kuala Lumpur berdepan masalah sama.

Ia bukan sahaja menyakitka­n pemandanga­n, tetapi turut mengundang kesusahan apabila banyak lot parkir dipenuhi kereta buruk dengan ada antaranya sudah bertahun lamanya ditinggalk­an.

Kita harap DBKL terus komited, malah tidak gentar menguatkua­sakan undang-undang bagi memastikan Kuala Lumpur mampu menjadi lokasi yang aman dan selamat dihuni.

Tumpu isu lain

Namun nasihat kita jangan hanya tumpu masalah parkir sahaja, sebaliknya isu lain juga harus dilihat sama seperti kewujudan operasi pusat hiburan haram atau yang tidak menepati garis panduan, isu peniaga warga asing sekitar bandar raya dan sebagainya.

Afham,

Taman Desa Petaling

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Tindakan tegas DBKL mengatasi masalah parkir dan kereta buruk yang tersadai dapat mengurangk­an masalah kesesakan di kawasan penempatan padat sekitar Kuala Lumpur.
[FOTO HIASAN] Tindakan tegas DBKL mengatasi masalah parkir dan kereta buruk yang tersadai dapat mengurangk­an masalah kesesakan di kawasan penempatan padat sekitar Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia