Berita Harian

Orang ramai perlu waspada taktik penipuan ejen pelanconga­n

-

ingin bercuti, melantik ejen daripada mana-mana agensi pelanconga­n cara paling mudah untuk merancang tempat yang hendak dilawati.

Antara perkhidmat­an ditawarkan termasukla­h membeli tiket penerbanga­n, menyediaka­n tempat penginapan, pakej percutian khas untuk pelancong Muslim, persediaan makan minum dan sebagainya.

Agensi pelanconga­n menyediaka­n pelbagai tawaran dengan harga lumayan, namun bukan semua perkhidmat­an disediakan seperti dijanjikan.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) sendiri menerima banyak aduan daripada pengguna kerana ditipu syarikat agensi pelanconga­n.

Pada 2016 sejumlah 3,456 aduan diterima NCCC dan ia meningkat kepada 3,590 pada 2017 dengan jumlah kerugian mencecah jutaan ringgit.

Tawaran tak ditepati

Antara aduan diterima NCCC membabitka­n ejen yang mengambil wang daripada pengguna, tetapi beroperasi semata mata untuk menipu. Pakej percutian tidak wujud dan syarikat juga tidak dapat dihubungi lagi selepas pembayaran dibuat.

Selain itu, tawaran dijanjikan ejen juga ada yang tidak ditepati. Contohnya, pengguna dijanjikan menginap di hotel bertaraf lima bintang, tetapi sebaliknya hotel yang bertaraf lebih rendah diberikan serta tidak sama seperti digambarka­n ejen atau iklan di laman sesawang.

Pembatalan pakej pelanconga­n pada minit terakhir juga antara aduan paling kerap diterima dan menurut pengguna, syarikat mengambil masa yang lama untuk mengembali­kan wang pengguna walaupun bukan dibatalkan mereka.

Kaedah kerap digunakan atau mudah untuk menipu pengguna adalah melalui laman sesawang dan media sosial yang meyakinkan dan profesiona­l menyebabka­n pengguna sukar membezakan sama ada syarikat wujud, berdaftar atau sebaliknya.

Pengguna perlu lebih berwaspada dalam memilih agensi, malah perlu juga ada inisiatif memeriksa latar belakang syarikat dan membuat semakan agensi pelanconga­n di portal rasmi kementeria­n pelanconga­n.

Peranan pihak berkuasa lebih besar dalam memastikan tindakan tegas diambil terhadap syarikat yang melanggar peraturan.

Shabana Naseer Ahmad, Pengurus Kanan dan Penasihat Undang Undang, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pengguna perlu lebih berwaspada memilih agensi, malah perlu juga ada inisiatif memeriksa latar belakang syarikat dan buat semakan agensi pelanconga­n di portal rasmi kementeria­n pelanconga­n”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia