Berita Harian

MAGHRIBI SAMBUT PUTERA HARRY, MEGHAN

-

Putera Harry dan isteri, Meghan tiba di Maghribi, kelmarin bagi lawatan rasmi terakhir sebelum anak sulung mereka dilahirkan, dijangka pada musim bunga ini.

Pasangan diraja berkenaan, Harry mengenakan sut kelabu cerah dan Meghan dengan gaun merah disambut dengan dulang berisi kurma, iaitu acara tradisi Maghribi sebaik mendarat di Lapangan Terbang Casablanca.

Menurut sumber rasmi, persediaan perubatan turut dibuat untuk bekas aktres Amerika itu yang melawat Gunung Atlas, semalam dan ibu negara Maghribi.

Lawatan mereka ke negara Afrika Utara itu bertujuan mempromosi­kan aspek pendidikan di kalangan kanak-kanak perempuan, memperkasa wanita dan menambah baik golongan kelainan upaya (OKU).

Media British bimbang

Duta Britain, Thomas Reilly dalam wawancara bersama rangkaian televisyen 2M berkata, pasangan diraja berkenaan amat suka berada bersama kalangan rakyat jelata.

Lawatan anjuran Ratu Elizabeth II itu sedikit sebanyak merisaukan beberapa media Britain, termasuk tabloid Daily Mirror yang menyifatka­n Maghribi sebagai zon bahaya dan Rabat sebagai ‘bandar kekacauan’.

Sebelum ketibaan pasangan Diraja berkenaan, sumber diplomatik tempatan berkata Maghribi ialah tiang kepada kestabilan Afrika Utara.

Khamis lalu, Rabat dicemari tunjuk perasaan oleh golongan guru yang kebetulan jatuh pada hari ulang tahun kelahiran gerakan pro pembaharua­n, hasil daripada Arab Spring.

Putera Harry dan Meghan akan ditempatka­n di kediaman diraja sepanjang lawatan dan bertemu dengan anggota keluarga Diraja, hari ini sebelum penerbanga­n pulang pada Selasa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia