Berita Harian

Kereta api Jong Un rentasi China ke Vietnam

-

kemuncak kedua bertemu Presiden Donald Trump di Hanoi, Rabu ini.

Terdahulu, laporan agensi berita rasmi Korea Selatan, Yonhap, menyebut kenderaan dinaiki beliau itu tiba di sempadan bandar Dandong pada jam 9 malam, kelmarin.

Agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA mengesahka­n pelepasan Jong Un dari Pyongyang, awal pagi kelmarin.

“Pegawai kanan parti, kerajaan dan pasukan bersenjata dengan ikhlas mengucapka­n selamat maju jaya kepada Kim Jong Un dan semoga pulang dengan selamat,”kcna dipetik sebagai berkata.

Kawalan keselamata­n ketat

Turut mengiringi Jong Un adalah orang kanan dan jeneral tertinggi beliau, Kim Yong Chol yang bertemu Trump di Rumah Putih, bulan lalu bersama beberapa pemimpin tertinggi lain.

Adik beliau, Kim Yo Jong yang menjadi pembantu khas pemimpin itu dalam pertemuan pertama di Singapura, lapan bulan lalu turut serta dalam rombongan besar itu. Namun, kehadiran isteri beliau, Ri Sol Ju tidak didedahkan Pyongyang setakat ini.

Kereta api terbabit merentasi China selepas beberapa hari spekulasi mengenai pemergian Jong Un hangat diperkatak­an, serentak dengan kehadiran pasukannya di Hanoi bagi persiapan awal menjelang sidang kemuncak berkenaan pada Rabu dan Khamis ini.

Kawalan keselamata­n ketat turut dibuat sebelum ketibaan kereta api itu, dengan polis menutup kawasan tepi sungai menggunaka­n penghalang besi dan pelekat, kira-kira 100 meter dari jambatan, malah turut mengarahka­n wartawan meninggalk­an lokasi terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia