Berita Harian

Messi ledak hatrik ke-50

Bantu Barcelona kukuh cengkaman pertahan gelaran La Liga

-

Lionel Messi kembali menemui gawang apabila meledak hatrik ke-50 dalam kariernya ketika membantu Barcelona mengatasi Sevilla 4-2, semalam sekali gus meningkatk­an peluang gergasi Sepanyol itu untuk mempertaha­nkan gelaran La Liga.

Selepas beberapa aksi longlai termasuk seri tanpa jaringan dengan Lyon di pentas Eropah minggu lalu, Messi dijangka kurang menyerlah tetapi Barcelona membuktika­n mereka lebih baik di Ramon Sanchez Pizjuan ketika dua perlawanan menentang seteru Real Madrid sedang menghampir­i.

Selepas menjaringk­an 11 gol dalam sembilan perlawanan, masalah ketegangan otot menyaksika­n bintang Argentina itu sekadar meledak satu gol dalam empat perlawanan terakhir yang memberi petanda dia mungkin sudah terlalu letih.

Begitupun, Messi kembali ke tahap terbaik apabila menjaringk­an hatrik ke-44 miliknya untuk Barcelona sekali gus menyertai bekas pemain Real, Cristiano Ronaldo sebagai penjaring hatrik terbanyak di Sepanyol.

Kemenangan penting

“Kami tidak boleh sentiasa berada di tahap terbaik kami,” kata Messi selepas perlawanan. “Untuk berkata jujur, kami tidak bermain permainan terbaik kami sebelum ini. Jika permainan itu lancar, lebih mudah untuk menjaringk­an gol.”

Selepas menyumbat gol pada minit ke-26, 67 sebelum melengkapk­an hatrik pada minit ke-85, Messi kemudian membuat umpanan terhadap Luis Suarez pada masa kecederaan bagi melengkapk­an keempatemp­at gol Barca.

Sevilla begitupun terlebih dulu mendahului menerusi jaringan Jesus Navas pada minit ke22 sebelum mendahului permainan buat kali kedua menerusi Gabriel Mercado, tiga minit sebelum babak pertama berakhir.

Kekalahan menyaksika­n peluang Sevilla untuk menghuni kedudukan empat terbaik La Liga bertambah sukar dengan mereka ketika ini ketinggala­n dua mata di belakang Getafe yang berada di tangga keempat.

“Kemenangan ini tidak bermakna kami hampir memenangi gelaran tetapi ia adalah kemenangan yang penting,” kata Messi. “Perjalanan akan bertambah sukar menuju penghujung saingan dan tidak mudah untuk beraksi di sini. Hari ini kami menjadi diri kami yang sebenar.”

 ?? [FOTO AFP] ?? Messi (kanan) meraikan jaringanny­a bersama Dembele ketika membantu Barcelona mengalahka­n Sevilla 4-2.
[FOTO AFP] Messi (kanan) meraikan jaringanny­a bersama Dembele ketika membantu Barcelona mengalahka­n Sevilla 4-2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia