Berita Harian

Almiron pikat Benitez, penyokong Newcastle

-

London: Sekalipun tidak menjaringk­an gol, Rafael Benitez memuji impak dicetuskan pemain baharu Newcastle, Miguel Almiron dalam aksi pertamanya menentang Huddersfie­ld, malam tadi.

“Sumbangann­ya berdasarka­n kerja kerasnya adalah cukup baik,“kata Benitez kepada BBC. “Dia pasti gembira dengan prestasiny­a dan peminat juga sama. Dia akan memberikan kami karakter yang berbeza dan pilihan yang berlainan.

“Kami perlu menang dan mencipta banyak peluang. Kami melakukan 29 percubaan dan ia bukan sesuatu yang buruk, penjaga gol mereka bertahan dengan baik. Tetapi ia tidak lagi bermakna kerana kami meraih kemenangan.”

Kemenangan 2-0 Newcastle United ke atas Huddersfie­ld Town itu jelas meredakan tekanan buat skuad kendalian Benitez tetapi mengheret pihak lawan menghampir­i penyingkir­an ke Liga Kejuaraan.

St James Park berpesta

Huddersfie­ld yang menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris tampak seperti sudah ditakdirka­n untuk tewas apabila terpaksa beraksi 10 pemain selepas kapten, Tommy Smith dilayangka­n kad merah seawal minit ke-20 permainan.

Begitupun, Newcastle hanya memperoleh jaringan pada babak kedua menerusi Salomon Rondon dan Ayoze Perez yang menghadiah­kan Huddersfie­ld kekalahan ke-13 daripada 14 perlawanan liga.

Suasana di St James Park juga bagaikan pesta selepas kemenangan menyaksika­n pasukan itu kini sah terselamat daripada zon penyingkir­an dengan pujian diberikan kepada Almiron yang dibeli dengan harga 21 juta pound (RM111.70 juta) daripada kelab MLS Atlanta United selepas bintang Paraguay itu membuat penampilan penuh pertamanya.

REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia