Berita Harian

Sukan tradisi kian malap

Langkah proaktif perlu semarakkan semula takraw

- Oleh Haika Khazi

Mengikut data terkini hanya terdapat tidak sampai 5,000 pemain yang bergiat aktif di 120 sekolah di seluruh negara.

Jumlah berkenaan sangat kecil berbanding lima juta bilangan keseluruha­n murid dan pelajar di 10,180 sekolah rendah serta menengah di seluruh negara.

Semakin malap

Jika dikaji secara mendalam sebenarnya banyak masalah yang menyebabka­n sukan ini seperti tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’.

Salah satu faktor kerana sukan ini sebenarnya tidak menjamin masa depan yang menyebabka­n ramai yang enggan membabitka­n diri selain kejohanan yang kurang dan hadiah kemenangan yang tak setimpal.

Malah, sikap persatuan negeri dan badan induk yang saling menuding jari, berbalah sesama sendiri serta melepaskan tanggungja­wab masing-masing dalam membangunk­an sukan itu turut menjadi punca.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan keputusan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) mengeluark­an acara sepak takraw daripada Program Sukan Teras di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) mulai tahun lalu, sekali gus menyebabka­n peruntukan untuk pembanguna­n peringkat akar umbi semakin malap atau tiada langsung kecuali hanya di sekolah tertentu sahaja.

Lebih menyedihka­n lagi sehingga kini sukan ini masih belum memiliki akademi latihan dan stadium sendiri yang boleh dibanggaka­n.

Sudah sampai masanya kepimpinan Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM), ahli gabungan dan MSN duduk bersama untuk mencari jalan dalam menghidupk­an dan menyemarak­kan semula sukan tradisi ini supaya tidak ‘pupus’.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia