Berita Harian

‘Raja Libas’ sedih, kecewa nasib sepak takraw

-

Kuala Lumpur: Legenda sepak takraw negara, Adnan Saidin sedih mengenangk­an nasib sukan itu yang kini diibaratka­n ‘nyawa-nyawa ikan’ kerana tidak lagi diminati golongan muda.

Tanpa menuding jari ke arah badan induk sepak takraw kebangsaan dan negeri, Adnan ketika dihubungi mengesahka­n antara punca utama sukan tradisiona­l orang Melayu berkenaan semakin menyepi dan tidak popular adalah kerana faktor anak muda sekarang kurang meminati sukan terbabit.

Dia melihat masalah berkenaan juga berpunca daripada tiada program pembanguna­n tersusun dan kerjasama erat antara badan induk dan persatuan negeri sekali gus menyebabka­n kemerosota­n sukan itu sekarang.

“Saya lihat tidak ramai anak muda yang minat bermain sepak takraw di kampung mahu pun taman perumahan atau pun peringkat sekolah. Pada zaman saya dulu kita boleh lihat memang meriah kerana kebanyakan remaja dan anak muda bermain sepak takraw di sekolah atau kampung untuk mengisi masa lapang di waktu petang.

Sukan tradisi

“Sudah tentu sekarang sebagai bekas pemain kebangsaan saya turut sedih apabila lihat kebanyakan gelanggang sepak takraw di kampung dan sekolah kosong dan tidak digunakan," katanya yang pernah membantu Malaysia meraih pingat emas di Sukan SEA 1979, 1981 dan 1983; juara Kejohanan Dunia (1985/86) dan regu Asia 1984.

Mengulas lanjut, Adnan yang digelar ‘Raja’ sepak takraw dan libas itu melahirkan rasa sedih dan terkilan kerana sehingga hari ini skuad sepak takraw kebangsaan masih belum memiliki akademi latihan dan stadium sendiri.

“Kalau nak ikutkan sepak takraw sepatutnya sudah lama ada pusat latihan khusus dan stadium sendiri kerana ia adalah sukan tradisi rakyat Malaysia dan sudah lama wujud di negara ini.

“Pada saya, semua pemimpin badan induk dan persatuan negeri sepatutnya boleh melakukan sesuatu bagi mengembali­kan maruah dan populariti sukan sepak takraw kerana mereka lebih arif berbanding kita (bekas pemain kebangsaan) selaku orang luar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia