Berita Harian

Faedzal lapor diri hari ini

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Tanda tanya mengenai siapa bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) terjawab apabila calon yang paling hangat diperkatak­an, Ahmad Faedzal Md Ramli menjadi pilihan.

Dia yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmat­an Sosial, Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dikatakan sudah menerima surat lantikan pada minggu lalu dan akan memulakan tugasnya berkuatkua­sa, hari ini.

Malah, dikhabarka­n ‘nakhoda baharu’ ISN itu terlebih dulu diminta melaporkan diri kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pagi ini.

Ahmad Faedzal, ketika dihubungi tetap profesiona­l menjawab, namun mengelak untuk mengulas lanjut.

Lebih arif

“Saya tidak boleh komen mengenai perkara terbabit. Itu awak kena tunggu pengumuman daripada menteri (Syed Saddiq)," katanya.

Pelantikan Ahmad Faedzal, 40, bagaimanap­un pastinya ditentang sesetengah pihak kerana secara tradisinya individu yang pernah dilantik sebagai CEO ISN semuanya mempunyai latar belakang sains sukan.

Berbeza dengannya yang dilihat lebih arif dalam bidang pengurusan sukan, jika melihat kepada pengalaman lima tahunnya sebagai Setiausaha Agung Majlis Kebajikan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia serta latar belakang pengajian akademik dalam Sarjana Sains Pengurusan Sukan di Florida State University, Amerika Syarikat.

Pun begitu, pengalaman semasa di MEA dalam menguruska­n peruntukan pembanguna­n sukan selain menguruska­n pelan dan dasar sukan negara menjadikan dia cukup masak mengenai hala tuju ISN dalam meneruskan fungsi utamanya sebagai pemberi perkhidmat­an kepakaran sains sukan dan perubatan sukan kepada atlet negara.

Menerusi laporan BH Sukan sebelum ini, Syed Saddiq mengesahka­n ISN akan menerima CEO yang muda dan berpengala­man dalam bidang sukan bagi menggantik­an Dr Mohd Khairi Zawi yang mengosongk­an kerusi berkenaan pada 30 November tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia