Berita Harian

Empat aksi, 4 kali penalti

Skuad Harimau Selatan didakwa dapat layanan istimewa

- Oleh Syafiq Aznan

Adakah penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta‘zim (JDT) mendapat layanan ‘istimewa’ daripada pengadil Liga Malaysia (Liga M) musim ini?

Sama ada benar berlaku kekasaran ataupun tidak, namun rekod empat sepakan penalti yang dihadiahka­n kepada skuad Harimau Selatan hanya dalam empat perlawanan setakat ini menimbulka­n persoalan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Sama ada keputusan pengadil dipengaruh­i faktor luaran atau mereka mengadili ‘mengikut buku,’ namun tidak keterlalua­n untuk menganggap Harimau Selatan mendapat ‘ihsan’ paling banyak daripada pengadil setakat ini.

Sering kali digelar ‘Jenalti’ oleh warganet dan penyokong bola sepak tempatan, gelaran itu mungkin berasas selepas menyaksika­n mereka mudah menerima sepakan penalti dalam saingan liga musim ini.

Hanya pada aksi Sumbangsih bertemu Perak, JDT tidak dihadiahka­n sepakan penalti dan sele- pas itu, mereka menerima satu sepakan penalti ketika bertemu Kuala Lumpur serta dua sepakan penalti bertemu Terengganu FC (TFC) namun hanya satu yang berjaya disudahkan pemain pasukan itu.

Elak dimalukan

Aksi bertemu Melaka United (MU) malam kelmarin turut menyaksika­n mereka beroleh satu lagi sepakan penalti dan daripada empat sepakan penalti terbabit, dua daripadany­a menyelamat­kan pasukan itu daripada pulang dengan tangan kosong.

Bagaimanap­un, sedikit mengejutka­n apabila MU muncul sebagai pasukan kedua paling banyak menerima penalti bagi musim ini iaitu dengan dua sepakan penalti diterima pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan. gaskan ketiadaan pemain import Anselmo Da Silva yang terpaksa dikeluarka­n pada babak pertama menyebabka­n skuad Hang Tuah hilang sengat.

Menurutnya, jentera serangan MU tampak lancar apabila melakukan beberapa percubaan berbahaya namun sebaik Da Silva yang lebih dikenali Casagrande dikeluarka­n, jelas ia menjejaska­n pasukan.

“Apabila Casagrande terpaksa dikeluarka­n, kita bagaikan hilang rentak di posisi serangan dan gagal memberi tekanan kepada JDT malah pasukan lawan ambil kesempatan untuk mencipta dua

Dua sepakan penalti terbabit nyata menjadi pengubah buat pasukan itu apabila sepakan penalti itu membolehka­n mereka meraih tiga mata dengan menewaskan PKNS FC (1-0) dan mengikat Pahang 1-1 menerusi sepakan penalti pada minit akhir.

Tiga pasukan dihadiahka­n satu sepakan penalti namun pasukan paling lega sudah tentu Selangor memandangk­an sepakan penalti yang dihadiahka­n pengadil membolehka­n mereka mengikat kedudukan sekali gus mengelak daripada dimalukan pendatang baharu Liga Super, PJ City FC.

PJ City FC pula turut dihadiahka­n sepakan penalti ketika bertemu Selangor sementara sepakan penalti yang diterima Perak membolehka­n mereka mengikat FELDA United di laman sendiri, malam kelmarin. gol pada babak pertama yang menjejaska­n keyakinan pemain.

“Ia merugikan buat kami selepas agak bergelut untuk mengimbang­i kekuatan barisan JDT yang sentiasa bergerak di posisi sayap kiri dan kanan sehingga benteng pertahanan melakukan beberapa kesilapan mudah.

“Tetapi pada babak kedua, pemain saya kembali fokus dan memberi tentangan sengit kepada JDT namun agak sedih juga kerana usaha berterusan pada aksi itu kita hanya mampu menjaringk­an satu gol sahaja dan gagal untuk menambah jaringan,” katanya.

 ?? [ FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH ] ?? Safiq Rahim diasak oleh Muhammad Safawi Rasid ketika perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan
Yunos, Larkin.
[ FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN/BH ] Safiq Rahim diasak oleh Muhammad Safawi Rasid ketika perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia