Berita Harian

‘MB presiden, saya timbalan’

Shahidan janji bantu Raja Muda Perlis sekiranya mahu terajui PFA

- Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangk­an agar jawatan presiden badan induk itu diberikan kepada Menteri Besar.

Shahidan ketika dihubungi berkata, sekiranya Datuk Seri Azlan Man bersedia memegang jawatan itu, beliau bersedia untuk menjadi timbalan dan membantu Azlan membimbing skuad Singa Utara ke arah kegemilang­annya.

“Saya mencadangk­an agar Menteri Besar (Azlan) yang jadi presiden dan saya jadi timbalanny­a untuk terajui PFA.

“Kalau nak selamatkan bola sepak Perlis, itu sahajalah jalan yang ada. Sebab sejarah presiden (PFA) adalah individu yang menjawat jawatan Menteri Besar.

“Kalau nak babitkan Raja Muda (Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l), itu cadangan wartawan dan bukan cadangan saya. Kalau dengan saya kerajaan negeri sahaja dan institusi Raja ini kita sembang di Parlimen,” katanya.

Bukan macam dulu

BH Sukan melaporkan bahawa Raja Muda Perlis dilihat sebagai 'hero' atau individu yang tepat untuk menerajui PFA dengan dibantu oleh beberapa ‘orang kaya’ dalam usaha menyelamat­kan PFA.

Cadangan itu disuarakan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UITM), Mohd Sadek Mustaffa selepas mengambil kira kemelut dalaman PFA yang kian meruncing.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata seandainya Raja Muda Perlis ingin memegang jawatan berkenaan, dia tidak menghalang dan bersedia untuk membantu PFA.

“Tuanku (Raja Muda) Presiden, Azlan timbalan dan saya membantu dari belakang pun tak apa.

“Sebab dalam keadaan sekarang ini tak macam sebelum ini, dahulu semuanya murah tetapi itu bukan alasan sebab saya pegang PFA dulu pun macammacam masalah juga yang kena hadap,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya cadanganny­a itu dipersetuj­ui, isu tunggakan gaji pemain yang menjadi keutamaan untuk diselesaik­an terlebih dahulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia