Berita Harian

Durakovic akui serangan tumpul

-

Ipoh: Kegagalan jentera serangan menyudahka­n beberapa peluang terhidang menjadi punca Perak terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat FELDA United 1-1 di Stadium Perak, malam kelmarin.

Perkara itu diakui jurulatih Perak, Mehmet Durakovic selain menyifatka­n faktor keletihan selepas mengharung­i aksi pusingan play-off Liga Juara-juara Asia (ACL) menentang kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai juga menyumbang kepada aksi kurang cemerlang anak buahnya.

“Bukan perlawanan yang mudah kerana FELDA United juga satu pasukan yang bagus, mereka memiliki pemain muda yang berkualiti,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

“Jadi bukan tugas senang untuk kami terutama selepas pulang dari Korea Selatan. Tapi kami mencipta banyak peluang, cuma tidak berjaya menghasilk­an jaringan.”

Perak yang juga juara Piala Malaysia musim lalu berada di kedudukan kesembilan dalam carta Liga Super ketika ini selepas hanya mengumpul dua daripada tiga perlawanan.

‘Saya buat silap’

Sementara itu, jurulatih FELDA United, Mohd Nidzam Jamil berpuas hati dengan persembaha­n barisan pemainnya selepas berjaya mencuri satu mata dari gelanggang lawan.

Dia berkata ia satu keputusan yang positif selepas tumpas 0-4 di tangan Kedah di Stadium Darul Aman, minggu lalu.

“Bila datang ke Perak kita tidak boleh berharap untuk bermain dengan corak permainan terbuka, saya buat kesilapan minggu lalu (berdepan Kedah) apabila beraksi secara terbuka.

“Perlawanan itu memberi pengajaran berguna kepada saya, jadi bila datang ke sini, Perak juara Piala Malaysia dan kami perlu menghormat­i mereka. Walaupun Perak seri dengan kita tidak bermakna mereka bukan pasukan yang kuat.

“Mereka baru pulang daripada aksi kelayakan ACL, tapi pemain saya buat kerja dengan baik dan bagi saya, seri dengan Perak adalah motivasi terbaik buat kami,” katanya.

 ??  ?? Pemain Perak, Wander Luiz Bitencourt Junior cuba melepasi kawalan tiga pemain FELDA United pada saingan Liga Super di Stadium Perak, malam kelmarin.
Pemain Perak, Wander Luiz Bitencourt Junior cuba melepasi kawalan tiga pemain FELDA United pada saingan Liga Super di Stadium Perak, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia