Berita Harian

Pintasan Bako-buntal dibina

Laluan 8.5km rancakkan ekonomi kawasan sekitar

- Oleh Mohd Roji Kawi

Kerajaan negeri memperuntu­kkan RM85 juta bagi membina jalan raya menghubung­kan Kampung Bako, di sini dengan Kampung Buntal di Santubong.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata pembinaan jalan pintas 8.5 kilometer itu bakal merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi, khususnya sektor pelanconga­n di pesisir pantai itu.

Katanya, jalan berkenaan akan menjadi laluan pintas menghubung kawasan tarikan pelancong iaitu Taman Negara Bako dan Taman Negara Santubong serta Damai.

“Selepas jalan raya berkenaan, kita merancang untuk bina laluan seterusnya di kawasan persisiran Bako, Santubong seterusnya menghubung Telok Melano di Sematan.

“Kita juga merancang untuk membina laluan pesisir yang akan menghubung­kan kawasan Bako dengan Samarahan,” katanya ketika berucap merasmikan Jambatan Bako di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian; Menteri Muda Pembanguna­n Infrastruk­tur (Jalan Pesisir), Datuk Julaihi Narawi dan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Jambatan 280 meter dengan kos RM41.3 juta itu dibina pada 2016 dan siap sepenuhnya Januari lalu.

Tumpu bina jalan pesisir pantai

“Selepas jambatan ini, yang diilhamkan Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem siap sepenuhnya, kita akan membina jalan raya untuk menghubung­kannya dengan Kampung Bako dan jalan sedia ada di kampung sepanjang dua kilometer akan dilebarkan,” katanya.

Abang Johari berkata, pembinaan jalan raya di kawasan pesisir kini menjadi keutamaan kerajaan negeri bagi memberi kemudahan kepada penduduk yang tinggal di penempatan yang jauh dari laluan Lebuh Raya Pan Borneo.

 ?? [FOTO MOHD ROJI KAWI/BH] ?? Abang Johari (kanan) merasmikan Jambatan Bako bernilai RM41.3 juta, semalam.
[FOTO MOHD ROJI KAWI/BH] Abang Johari (kanan) merasmikan Jambatan Bako bernilai RM41.3 juta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia