Berita Harian

‘Terima kasih PETRONAS’

-

Mukah: Warga Sekolah Kebangsan (SK) Orang Kaya Muda Pakeri, Paloh di sini menarik nafas lega kerana bakal menikmati kemudahan blok asrama baharu Ogos ini.

Ia menggantik­an asrama sedia ada yang berusia lebih enam dekad, dengan sebahagian besar begitu daif dan usang.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS, Datuk Raiha Azni Abdul Rahman, berkata pembinaan blok asrama baharu itu adalah sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) firma berkenaan.

Katanya, ia sebahagian daripada inisiatif Projek Asrama Harian Luar Bandar - PETRONAS, dengan kerja pembinaan kemudahan itu sudah mencecah 53 peratus.

“Ia turut membabitka­n kerjasama strategik dengan Jabatan Pendidikan Sarawak, khususnya dalam menyediaka­n suasana pengajaran dan pembelajar­an lebih sempurna untuk anak-anak pedalaman serta luar bandar.

“Ini bukan sesuatu yang asing bagi PETRONAS kerana sejak 2014 hingga 2019, sejumlah RM420 juta dibelanjak­an untuk pendidikan serta pembanguna­n sumber manusia di Sarawak di bawah inisiatif Jawatankua­sa Kerja Gabungan Kerajaan Sarawak - PETRONAS,” katanya selepas meninjau kerjakerja pembinaan asrama baharu berkenaan di SK Orang Kaya Muda Pakeri, di sini semalam.

Asrama sekolah itu yang dibina pada 1985 kini hanya boleh menempatka­n 56 pelajar berbanding asrama bakal disiapkan nanti yang dapat menampung sehingga 120 penghuni.

 ?? [FOTO MANORZA SARAEV/BH] ?? Raiha (kiri) mendengar penerangan keadaan asrama yang usang di SK Orang Muda Pakeri, Paloh, Mukah, semalam.
[FOTO MANORZA SARAEV/BH] Raiha (kiri) mendengar penerangan keadaan asrama yang usang di SK Orang Muda Pakeri, Paloh, Mukah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia