Berita Harian

3 jalan utama ditutup tiga jam setiap bulan

-

Kuantan: Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK) akan mengadakan hari tanpa kenderaan di tiga jalan utama di sini, pada minggu kedua setiap bulan mulai 16 Mac depan.

Setiausaha­nya, Datuk Hamiza Hamzah, berkata tiga laluan terbabit ialah Jalan Mahkota, Jalan Tanah Putih dan Jalan Besar bermula dari Dataran Kuantan berhampira­n Ibu Pejabat MPK.

Beliau berkata, ia bermula pada jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi, dengan pelbagai aktiviti riadah diadakan sepanjang tempoh itu.

Promosi gaya hidup sihat

“Usaha itu inisiatif MPK ke arah mempromosi­kan gaya hidup sihat dan mengurangk­an penggunaan kenderaan di jalan raya, yang menyebabka­n pelepasan gas karbon monoksida sehingga mencemarka­n alam sekitar.

“Kita mengadakan hari tanpa kenderaan pada setiap minggu kedua bermula 16 Mac depan selama tiga jam untuk melakukan aktiviti riadah dengan kerjasama agensi kerajaan lain, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Polykk4kua­ntan 2019 di pekarangan Politeknik METRO Kuantan di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementeria­n Pendidikan, Mohamad Amin Hamat.

Sementara itu, Hamiza berkata, Polykk4kua­ntan adalah program melukis mural anjuran Politeknik METRO Kuantan dengan kerjasama Politeknik Muadzam Shah dan sokongan MPK sebagai aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang memfokus pada industri hospitalit­i dan pelanconga­n.

“Diharapkan perubahan persekitar­an melalui program ini dapat menceriaka­n lagi suasana dan menjadi tarikan kepada masyarakat di daerah ini.

“Kita juga dalam perancanga­n menambah lagi kawasan mural yang akan memfokus pada zon budaya, iaitu Jalan Mahkota dan Jalan Besar, dengan bertemakan tokoh serta pembesar Pahang,” katanya.

Beliau berkata, selain mampu menjadi tarikan pelancong, mural berkenaan juga dapat memberi pendedahan kepada pelancong mengenai keistimewa­an Kuantan.

Ia bermula jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi, pelbagai aktiviti riadah akan diadakan” Hamiza Hamzah, Setiausaha MPK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia