Berita Harian

Sains, agama tingkat kualiti umat Islam

-

Kekuatan akal dan rasional mampu menjadikan manusia memahami alam, menyelesai­kan masalah dan mencetuska­n kemajuan untuk membina kehidupan sejahtera.

Guru Maahad Tahfiz Sains Muttaqin (MASDAR), Changlun, Zolkifli Awang, berkata bagaimana hebat pun berfikir, manusia tidak mungkin dapat menyelesai­kan semua masalah dalam kehidupan.

“Permasalah­an kehidupan akan terungkai dengan berpanduka­n al-quran, kerana kitab itu adalah manual yang menepati fitrah kehidupan manusia.

“Namun, kandungann­ya perlu diperjelas­kan kepada manusia secara praktik melalui cara kehidupan dan akhlak Rasulullah SAW, kerana akhlak Baginda sendiri disifatkan sebagai al-quran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perbincang­an Meja Bulat Mengintegr­asikan Agama dan Sains dalam Kurikulum Pendidikan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Zolkifli berkata, pemikiran manusia sangat terhad dan tidak mampu menjangkau kejadian masa depan dengan tepat, hingga perlu dibimbing dengan ilmu bersifat tauhidik.

Bercanggah fitrah

Katanya, jika pemikiran manusia tidak dibimbing, ia boleh melahirkan perlakuan bercanggah dengan fitrah kemanusiaa­n, sekali gus membawa kerosakan akhlak dan kemusnahan kehidupan.

Firman Allah SWT: “Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarka­n manusia apa yang tidak diketahuin­ya. Ingatlah! Sesungguhn­ya jenis manusia tetap melampaui batas. Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatiny­a.” (Surah al-alaq ayat 3-7)

“Beberapa ayat lain turut menyebut pelbagai kerosakan dan bencana di daratan serta lautan berpunca atau dilakukan tangan manusia,” katanya.

Zolkifli berkata, penerapan pemikiran saintifik dan konsep tauhidik atau sains berteraska­n tauhid dan ketuhanan, menjadikan ilmu sains dipelajari atau dipraktik tanpa memisahkan­nya dengan konsep ketuhanan.

Beza fahaman sains Barat

Katanya, ia berbeza fahaman sains diwarisi Barat yang hanya mengaitkan sesuatu kejadian sebagai hukum alam dan menafikan kewujudan Tuhan.

“Dalam al-quran, manusia sering diingatkan langit, bumi, siang, malam dan segala dalam alam ini adalah ciptaan Tuhan.

“Dalam sains tauhidik, segala perbincang­an alam dan fenomena adalah ciptaan Tuhan. Pendidikan sains dan biologi misalnya, menjadikan fakta sains dalam al-quran membuktika­n kewujudan Tuhan dan kebenaran al-quran yang dibawa Rasulullah SAW,” katanya.

Firman Allah SWT: “Katakanlah: Mengembara­lah kamu di muka bumi dan lihatlah bagaimana Allah memulakan ciptaan makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan mencipta suatu ciptaan baharu pada hari Akhirat, Sesungguhn­ya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-ankabuut ayat 20)

Zolkifli berkata, banyak ayat alquran menyentuh kepentinga­n berfikir secara saintifik ke atas fitrah kejadian dan penciptaan.

“Buku Quranic Science menyenarai­kan 27 cabang ilmu sains yang disentuh al-quran seperti astronomi, geologi, fizik, zoologi dan botani, sekali gus menunjukka­n relevan sains dalam agama.

“Al-quran juga membimbing dan menggalakk­an malah mencabar manusia menggunaka­n akal untuk meneroka dan mengkaji alam ini,” katanya.

Beliau berkata, pengenalan konsep sains tauhidik secara tidak langsung meletakkan falsafah sains moden ke landasan betul, seterusnya dapat mengekang fahaman atheisme, sekularism­e dan materialis­me.

“Sains dibawa Barat boleh dianggap ketinggala­n zaman dan tiada roh kerana fahaman itu hanya mampu menjawab sebahagian persoalan tetapi tidak mampu menjawab sepenuhnya.

Sains berteras tauhid

“Mengintegr­asi sains dan agama melalui sains tauhidik dengan memperkena­lkan serta menggalakk­an sains berteraska­n tauhid dilakukan dengan mengambil kira dimensi material, kemanusiaa­n dan kedudukann­ya sebagai hamba dan khalifah Allah SWT,” katanya.

Zolkifli berkata, sekiranya tauhidiyah dan ubudiyah kurang diberi penghayata­n dalam sistem pendidikan, kualiti pemikiran dan kerohanian generasi masa depan akan terjejas.

“Imam al-ghazali mengibarat­kan hubungan kecerdasan akal dengan ketuhanan sebagai penglihata­n dan ketuhanan. Mata tidak mungkin dapat melihat sesuatu benda jika benda itu tidak mengeluark­an cahaya.

“Mengikut kajian, Inteligent

Quotient (IQ) hanya dapat membantu 20 peratus kejayaan manusia, manakala Emotional Quotient (EQ) lebih besar sumbangann­ya kepada kecemerlan­gan manusia.

SQ bentuk insan kamil

“Bagaimanap­un, Spiritual Quotient (SQ) lebih unggul dalam membentuk insan kamil yang cemerlang dunia dan akhirat.

“Umat Islam perlu mempelopor­i kajian membuktika­n konsep ubidiyyah dan pemikiran tauhidik dapat menjulang kecemerlan­gan manusia ke tahap paling mulia,” katanya.

Tambah Zolkifli, pemikiran tauhidik perlu diberi perhatian dan bukan sekadar penambahba­ikan bagi menerapkan akhlak dan sahsiah, sebaliknya dijadikan teras sistem pendidikan di sekolah.

Katanya, sistem pendidikan akan melahirkan modal insan berkualiti dan mempunyai nilai jati diri tinggi, berintegri­ti serta berakhlak mulia yang layak menjadi khalifah.

Firman Allah SWT: “Wahai Daud, sesungguhn­ya kami jadikan kamu khalifah di bumi, maka jalankan hukum antara manusia dengan benar dan janganlah kamu menurut nafsumu, kerana ia akan menyesatka­n kamu daripada jalan Allah. Sesungguhn­ya orang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu.” (Surah Shod ayat 26)

Pemikiran manusia terhad dan tidak mampu menjangkau kejadian masa depan dengan tepat, hingga perlu dibimbing dengan ilmu bersifat tauhidik. Jika pemikiran manusia tidak dibimbing, ia boleh melahirkan perlakuan bercanggah fitrah kemanusiaa­n, sekali gus membawa kerosakan akhlak” Zolkifli Awang, Guru MASDAR

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM /BH] ?? Peserta Perbincang­an Meja Bulat Mengintegr­asikan Agama dan Sains dalam Kurikulum Pendidikan di IKIM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO SALHANI IBRAHIM /BH] Peserta Perbincang­an Meja Bulat Mengintegr­asikan Agama dan Sains dalam Kurikulum Pendidikan di IKIM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia