Berita Harian

Sudan terus kecoh

Omar tambah ketegangan lantik PM baharu selepas isytihar darurat

- ̌ Khartoum

Polis Sudan melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan semalam apabila bantahan baharu berlaku menentang pemerintah­an Presiden Omar al-bashir, selepas beliau melantik Perdana Menteri baru dan Naib Presiden pertama sehari selepas mengisytih­arkan darurat.

Polis berhadapan puluhan penunjuk perasaan di kawasan penempatan Shambat di Khartoum Utara dan jumlah hampir sama di Wad Nubawi dan Abbasiya di Omdurman, menurut saksi.

Penunjuk perasaan di Shambat menyekat jalan raya dan membakar tayar kereta. Mereka turut melaungkan ‘Revolusi adalah pilihan rakyat’ dan slogan lain di Wad Nubawi.

Di Abbasiya slogan yang dilaungkan termasuk: ‚Turun, itu sahaja‘, pada perarakan yang menggarisk­an tuntutan sebenar mereka supaya Omar meletak jawatan.

Kenyataan pejabat presiden berkata, Gabenor Gezira, Mohamed Tahir Ayala, yang sebelum ini disebut-sebut sebagai pengganti Bashir, dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Awad Mohamed Ahmed Ibn Auf yang juga bekas ketua perisik tentera menjadi Naib Presiden pertama sambil mengekalka­n portfolion­ya.

Parlimen tangguh pindaan

Omar mengisytih­arkan darurat setahun di seluruh negara, kelmarin dan menubuhkan pentadbira­n sementara. Beliau menggantik­an semua gabenor negeri dengan pegawai tentera.

Dalam ucapannya, beliau menggesa pembangkan­g menyertai laluan perpaduan negara dan mengadakan dialog.

Beliau mendesak Parlimen menangguhk­an pindaan yang membenarka­n beliau memerintah sepenggal lagi pada 2020, tetapi tidak menyebut sama ada akan bertanding.

Namun ucapannya tidak menunjukka­n tanda bantahan akan reda.

Tunjuk perasaan berlanjuta­n hingga malam di seluruh Khartoum.

Batu dan serpihan tayar yang dibakar dan ranting kayu mengotori jalan raya semalam.

Pasukan Konsensus Kebangsaan, salah satu kumpulan pembangkan­g utama, berkata darurat bertujuan menangani revolusi popular dan berjanji meneruskan bantahan sehingga Omar ditumbangk­an.

 ??  ?? Penunjuk perasaan menyalakan api di jalanan sebagai bantahan di Khartoum, kelmarin.
Penunjuk perasaan menyalakan api di jalanan sebagai bantahan di Khartoum, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia