Berita Harian

Jangan lupa skandal Najib: Muhyiddin

Bekas PM khuatir rakyat lupakannya: Muhyiddin

- Hulu Langat

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, turun berkempen kebelakang­an ini kerana bimbang karier politiknya terkubur.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendakwa Najib khuatir rakyat melupakann­ya, terutama UMNO diterajui Timbalan Presiden yang menjalanka­n tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan.

“Saya mengandaik­an jika Najib tidak keluar (berkempen), orang akan lupa kepadanya. Mungkin beliau minat jadi Perdana Menteri semula sebab itu buat kemunculan. “Kita tak bimbang, cuma nak ingatkan kembali apa berlaku dalam negara yang menyebabka­n BN kalah. Salah satunya ialah Perdana Menteri yang dulu itu.

“Orang tak lupa dan dia sudah pun dikaitkan dengan pelbagai skandal, tuduhan yang dikemukaka­n di mahkamah. Jadi saya nak ingatkan balik supaya kita tidak lupa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri program sembang santai sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di Kampung Baru Semenyih di sini, semalam.

Tak wajar lupa penyelewen­gan

Muhyiddin berkata, rakyat tidak wajar melupakan penyelewen­gan dan kesalahan yang dilakukan Najib sehingga negara dibelenggu pelbagai masalah.

“Jangan dilupakan (skandal kerajaan terdahulu) dan sebab itu bila dah selesai pilihan raya umum, kita lupa faktor itu, setakat itu saja. Jadi elok pada PRK ini, kita mengingatk­an balik kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin dalam ucapannya hanya Pakatan Harapan (PH) mampu membawa rakyat memperoleh kehidupan yang lebih baik.

“Masa depan rakyat Malaysia lebih terjamin di bawah PH sebab itu PRK DUN Semenyih ini amat penting untuk menolak BN. Jangan dengar cakap Najib.

“Jika nak ‘selfie’, silakan tetapi jangan lupa beliau adalah kleptokras­i nombor satu yang merosakkan negara,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] ?? Muhyiddin meninjau kawasan sekitar balai raya ketika menghadiri program sembang santai bersama di Balai Raya Kampung Sungai Lalang, Hulu Langat, semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH /BH] Muhyiddin meninjau kawasan sekitar balai raya ketika menghadiri program sembang santai bersama di Balai Raya Kampung Sungai Lalang, Hulu Langat, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia