Berita Harian

Gelisah masa depan punca kelakuan terlanjur aktif

- Penulis ialah Pengarang Kumpulan BH

Tidak mungkin akan ada tindakan kerajaan disambut baik pembangkan­g. Pakar putar belit atau spin

doctor pembangkan­g akan sentiasa mempersend­akan langkah kerajaan dengan harapan sokongan rakyat akan luntur.

Terbaru ialah cadangan menggantik­an mekanisme tol dengan caj kegunaan waktu puncak.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendahului putar belit pembangkan­g dengan menyatakan kerajaan mahu memaksa rakyat bangun seawal jam 4 pagi untuk pergi kerja bagi mengelak dikenakan tol.

Apa yang tidak diceritaka­nnya bahawa dalam dunia pekerjaan dan perniagaan sekarang, ramai daripada kita tidak lagi mengikut waktu kerja jam 9 pagi hingga 5 petang. Malah, hampir setiap hari kita terpaksa bekerja lebih masa dan pulang lewat. Selain itu, bagi yang berniaga, bukanlah luar biasa mereka keluar seawal jam 3 atau 4 pagi. Berikutan itu, langkah kerajaan menawarkan potongan 30 peratus terhadap tol pada waktu bukan puncak dan tiada caj antara jam 11 malam hingga 5 pagi, amat dialualuka­n pengguna yang nampak mereka akan mendapat manfaat daripada perubahan itu.

Jadi kenapa Najib sepantas kilat celupar menghukum langkah kerajaan ini.

Ada seorang rakan wartawan berkongsi teorinya. Katanya, semasa kecil di kampung dulu, apabila pulang dari solat Isyak di surau dan terpaksa melalui kubur, kita akan berjalan pantas dan cakap melalut tanpa henti untuk melenyapka­n rasa ketakutan. Agaknya begitulah kelakuan seseorang yang berdepan dengan tuduhan di mahkamah, yang ingin melupakan keresahann­ya. Apabila gelisah, seseorang itu menjadi terlanjur aktif. Wallahu A’lam.

Salahkan dasar

Apa sekali pun, kita dimaklum Najib juga aktif dalam facebook minggu lalu. Kali ini dia cuba menyalahka­n dasar Perdana Menteri Ke-4 di atas segala masalah dihadapi FELDA.

Pendek kata, Najib menjustifi­kasi keputusann­ya menyenarai­kan FGV bagi menampung kos penanaman semula pokok sawit di ladang FELDA secara besar-besaran berikutan, katanya 50 peratus pokok sawit di ladang FELDA ketika itu adalah pokok tua.

Najib mendakwa jika tidak buat begitu, FELDA mungkin tidak wujud lagi pada masa depan.

Hakikatnya, hujah Najib ini meleset sama sekali.

Kita difahamkan, sebelum FELDA menyerahka­n ladangnya seluas 360,000 hektar (melalui Perjanjian Sewa Tanah-lla) kepada

FGV, purata hasil daripada ladang berkenaan ialah 22 tan sehektar.

Selepas lima tahun FGV disenaraik­an, purata hasil dari ladang itu sudah merosot kepada 15 tan sehektar.

Kalau sebelum FGV disenaraik­an, FELDA mendapat pulangan purata RM1.2 bilion setahun daripada ladang LLA itu, namun kini hanya RM250 juta setahun daripada pajakan yang dibayar FGV, selain 15 peratus perkongsia­n keuntungan - itu pun jika FGV catat keuntungan.

Kesimpulan­nya, tindakan Najib menyenarai­kan FGV ini sudah menyebabka­n FELDA kehilangan punca pendapatan yang stabil dan mencukupi untuk meneruskan kelangsung­an kegiatanny­a bagi menambah baik kehidupan peneroka.

Jika model perniagaan FELDA sebelum penyenarai­an FGV tidak diganggu oleh Najib, FELDA tidak akan mempunyai masalah aliran tunai sehingga terpaksa meminjam bagi menampung keperluan peneroka.

Tindakan Najib menyenarai­kan FGV ini sudah menyebabka­n FELDA kehilangan punca pendapatan yang stabil dan mencukupi untuk meneruskan kelangsung­an kegiatanny­a bagi menambah baik kehidupan peneroka”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia