Berita Harian

Usah biar Kuantan kembali jadi ‘Marikh’

-

Kewajaran memilih antara keuntungan urus niaga pengekspor­tan bauksit atau kepentinga­n melindungi rakyat serta kesan pencemaran alam sekitar, perlu diasaskan berdasar situasi ‘menang-menang’.

Ia penting untuk menghilang­kan kegusaran berulang ‘kisah duka’ sebelum moratorium kegiatan pelombonga­n dan pengekspor­tan bauksit di Pahang, dimulakan pada 15 Januari 2016.

Moratorium selama tiga tahun itu dikeluarka­n kerajaan selepas aktiviti perlombong­an bauksit mengundang pelbagai masalah kepada persekitar­an dan menjejaska­n kesihatan penduduk walaupun ia memberi hasil kepada Kerajaan Pahang yang mengutip royalti RM47 juta setahun pada 2015.

Apa pun, pelbagai persoalan perlu dirungkai Kerajaan Persekutua­n yang mengumumka­n penamatan moratorium berkenaan mulai 31 Mac ini, sehingga mencetus polemik pelbagai pihak.

Bagi yang menyokong keputusan kerajaan seperti pelombong mineral, mereka memberi hujah moratorium memberi kesan kepada pendapatan mereka. Ia turut menjejaska­n peluang pekerjaan penduduk tempatan antaranya pemandu lori yang berulangal­ik mengangkut bahan mineral berkenaan.

Bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat yang membantah seperti Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, mereka menyuaraka­n kebimbanga­n berkaitan kesan pencemaran alam sekitar apabila aktiviti itu dibenarkan semula April ini.

Ia juga mengundang ‘mimpi ngeri’ kepada penduduk setempat seperti di FELDA Bukit Goh serta Kampung Selamat, berhampira­n Pelabuhan Kuantan.

Mereka mempertika­ikan mengapa prosedur operasi standard (SOP) yang didakwa sudah disediakan kerajaan tidak dijelaskan secara terperinci, menyebabka­n wujud keraguan jaminan kepada rakyat untuk menikmati kehidupan aman tanpa kegiatan bauksit.

Apa jaminan fenomena ‘laut merah’ berlaku di Tanjung Gelang, Sungai Pengorak dan Pantai Batu Hitam tidak akan berulang? Adakah Kuantan akan kembali menjadi seperti ‘Marikh’ akibat pencemaran bauksit seperti yang berlaku empat tahun lalu?

Timbul juga persoalan adakah kakitangan agensi dan jabatan kerajaan yang akan menguatkua­sakan SOP dan memantau pergerakan pelombong, cukup berkesan untuk menangani ketirisan, terutama membantera­s serta memantau pelombong haram yang mencari helah menyeludup mineral itu.

Sebenarnya pengumuman penarikan balik moratorium oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar pada 18 Februari lalu, menimbulka­n lebih banyak persoalan.

Mungkin pendekatan paling sesuai dilaksanak­an kementeria­n itu sebelum mengambil sebarang keputusan termasuk dalam menentukan SOP, adalah mewujudkan jawatankua­sa penilai bebas dan sesi pendengara­n awam.

Ia seperti dilakukan Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim dalam menilai operasi Lynas Advance Materials Plant (LAMP) yang turut menjadi perdebatan hangat warga Kuantan suatu ketika dahulu.

Pengarah Pusat Kelestaria­n Sumber Bumi Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Dr Muzamir Hasan, yang menjadi ahli jawatankua­sa, berkata pendekatan itu mampu memberi ketelusan dalam penyaluran maklumat supaya semua pihak berpuas hati.

Peluang suarakan pendapat

“Beri peluang kepada semua pemegang taruh iaitu penggiat industri dan rakyat serta NGO, menyuaraka­n pendapat seperti dilakukan Kementeria­n Tenaga,

Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam menangani isu Lynas.

“Pelombonga­n bauksit ini mampu memberi pendapatan kepada negeri dan Pusat yang kemudian boleh disalurkan untuk projek pembanguna­n kepada rakyat sekiranya dijalankan dengan baik seperti di Australia. Namun, berdasarka­n pengalaman di Pahang, ramai meragui sama ada ia baik atau sebaliknya,” katanya.

Muzamir berkata, kejayaan Australia membangunk­an sektor perlombong­an bauksit harus menjadi contoh kepada kerajaan, terutama dalam menetapkan peraturan dan SOP untuk mewujudkan situasi ‘menang-menang’.

“Kementeria­n Pengangkut­an sebelum ini mengadakan seminar khusus untuk pelombong dan penggiat sektor pengangkut­an bagi mengangkut bauksit yang satu daripada perkongsia­nnya adalah daripada wakil Australia.

“Di sana (Australia) mereka ada syarat jelas. Contohnya apabila hendak mengekspor­t, ada inspektor membuat pemeriksaa­n yang mampu menentukan kadar kandungan mineral dan gred bauksit. Ia berbeza dengan di Malaysia,” katanya yang pernah melakukan penyelidik­an berkaitan bauksit.

Kesimpulan­nya, ketelusan dalam menyalurka­n maklumat terperinci terutama pada Era Malaysia Baharu harus menjadi pegangan kepada kerajaan dalam memastikan penarikan balik moratorium kegiatan bauksit tidak merugikan semua pihak.

Rakyat pula dapat menikmati persekitar­an yang bersih tanpa ada pencemaran untuk menjamin kesihatan, manakala pelombong dibenarkan melombong, tetapi dengan SOP bersesuaia­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia