Berita Harian

JADUAL HARIAN BANTU MURID

Perlu bijak uruskan masa untuk lakukan pelbagai aktiviti

- Oleh Maria Uffa Zulkafeli maria.uffa@bh.com.my

Bagi memperoleh keputusan cemerlang terutamany­a dalam akademik, seseorang murid itu harus bijak menguruska­n masa hariannya untuk mengulang kaji pelajaran, di samping dapat melakukan pelbagai aktiviti kokurikulu­m dan riadah yang lain.

Jadual harian yang disusun dengan baik mampu mendisipli­nkan diri seseorang murid, selain dapat membantu mereka menguruska­n masa dengan bijak.

Oleh itu, masih belum terlewat sekiranya murid Tahun Enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada bulan September nanti untuk menyediaka­n jadual waktu harian supaya setiap masa dapat dimanfaatk­an dengan baik.

Dari D25

Masa adalah sesuatu yang sukar dikawal oleh manusia. Justeru, bagi memanfaatk­an setiap waktu yang ada, murid digalakkan menyediaka­n jadual waktu harian masing-masing supaya kehidupan menjadi lebih teratur.

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan (SK) Petaling 2, Puan Noor Hafidza Murad, berkata jadual waktu yang baik biasanya disusun mengikut kesesuaian diri individu itu sendiri.

Katanya, sebagai contoh murid Tahun Enam di sekolah itu memulakan waktu persekolah­an seawal jam 7.40 pagi dan tamat kelas pada jam 1.30 petang, sebelum menyambung waktu kelas tambahan sehingga jam 3.30 petang.

“Biasanya waktu sekolah mereka akan mengikut jadual belajar di sekolah dan selepas waktu sekolah murid digalakkan membuat jadual sendiri untuk menguruska­n waktu harian ketika berada di rumah.

“Disebabkan murid sekolah rendah masih tidak pandai untuk mengatur atau merangka jadual harian dengan baik, pihak sekolah terutamany­a Unit Bimbingan dan Kaunseling sentiasa bersedia membantu mereka,” katanya.

Puan Noor Hafidza berkata, pada kebiasaann­ya murid dinasihatk­an membuat jadual harian ketika di rumah supaya setiap aktiviti yang dilakukan tidak menjejaska­n masa mereka untuk mengulang kaji pelajaran.

Aktiviti berfaedah

Katanya, selepas penat seharian di sekolah, pada waktu petang murid digalakkan mengisi jadual dengan aktiviti riadah yang boleh mengembali­kan kesegaran kepada tubuh badan mereka.

Biasanya selepas solat Maghrib, baharu sesuai untuk mereka mengisi waktu untuk makan malam, seterusnya membuat kerja sekolah atau ulang kaji pelajaran yang diajar di sekolah.

“Berbeza pula pada hari minggu, murid perlu memanfaatk­an waktu seharian mereka lengkap dengan aktiviti riadah, makan, solat, rehat, ulang kaji dan membuat latih tubi soalan-soalan peperiksaa­n tahun lalu dan perlu dipertingk­atkan menjelang waktu peperiksaa­n,” katanya.

Puan Noor Hafidza berkata, pengurusan jadual harian yang baik dapat menjadikan seseorang murid itu lebih fokus terhadap pelajaran mereka walaupun ketika berada di rumah.

Katanya, di sekolah guru akan memantau waktu setiap murid, manakala di rumah ibu bapa pula perlu memainkan peranan sama supaya masa anak-anak mereka terisi dengan aktiviti berfaedah dan waktu belajar yang lebih sistematik.

 ??  ??
 ?? [ FOTO NSTP/ROHANIS SHUKRI ] ?? Guru Sekolah Kebangsaan Petaling 2, Rozita Daud mengajar murid Tahun 6 dalam kelas tambahan untuk persediaan UPSR.
[ FOTO NSTP/ROHANIS SHUKRI ] Guru Sekolah Kebangsaan Petaling 2, Rozita Daud mengajar murid Tahun 6 dalam kelas tambahan untuk persediaan UPSR.
 ??  ?? Puan Noor Hafidza Murad
Puan Noor Hafidza Murad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia