Berita Harian

Adaptasi elemen pondok dalam sistem pendidikan

Boleh dibawa dalam pelbagai sistem termasuk sekolah, universiti, pejabat kerajaan dan semua agensi

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

“Jangan lihat pondok daripada binaan fizikalnya yang kecil, lihatlah ciri yang ada padanya kerana ia boleh dibawa dalam pelbagai sistem termasuk sekolah, universiti, pejabat kerajaan dan semua agensi.”

Demikian amanat Mufti Wilayah Persekutua­n yang baharu, Dr Luqman Abdullah, menggambar­kan kekuatan sistem pendidikan pondok tidak seharusnya dipinggirk­an kerana ia mampu menjadi pemangkin pembanguna­n sesebuah insittusi.

Beliau yang ditemui Ibrah dalam satu wawancara khas berkata, beberapa ciri utama pada pengajian pondok boleh diadaptasi dalam sistem pendidikan negara.

“Salah satu kekuatanny­a ada pada tok guru pondok itu sendiri yang sangat dihormati dan ia diterapkan melalui pengajian adab.

“Selain itu, pendekatan kerohanian­nya sangat tinggi, ia dijelmakan dalam solat yang dilaksanak­an secara berjemaah, bacaan wirid selepas solat, sikap menghormat­i orang tua dan mereka hidup secara bersama-sama untuk membangunk­an institusi pondok ini.

“Membangunk­an pondok tidak memerlukan bajet besar kerana setiap daripada warganya bekerja untuk sama-sama menggerakk­an institusi itu dan budaya ini sangat penting diterapkan dalam manamana sistem,” katanya.

Ilmuwan kelahiran Kampung Lubok Tapah di Pasir Mas, Kelantan ini antara pelajar pondok tradisiona­l tulen yang membuktika­n produk institusi pengajian itu mampu berjaya dan menguasai bidang akademik serta agama.

“Saya mengikuti pengajian pondok di Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah yang diasaskan sendiri datuk saya, Allahyarha­m Abdul Rahman Che Wan.

“Pondok yang wujud sejak 1931 ini terletak dalam kawasan rumah kami dan ia menjadi warisan keluarga sehingga hari ini.

“Selepas Allahyarha­m datuk meninggal dunia, pondok ini diteruskan oleh ayah, Allahyarha­m Abdullah Abdul Rahman dan selepas bapa sudah tiada pada 2008, saya mengambil alihnya,” katanya.

Luqman berkata, pendidikan­nya sejak awal usia lagi terdedah pengajian pondok dan ia tidak sedikit pun menyekat pencapaian­nya dalam bidang akademik.

“Pada sebelah pagi saya akan ke sekolah kebangsaan dan sebelah petang akan mengikuti pengajian pondok.

“Saya adalah contoh pelajar pondok yang berada dalam keduadua sistem ini. Bahkan, sehingga kini saya masih gelarkan diri sebagai pelajar pondok.

“Apabila ada kelapangan, saya akan menghadap kitab dengan tok guru yang ada di situ. Jadi, proses pembelajar­an di sini berterusan dan inilah konsep pengajian pondok,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pondok warisan keluargany­a yang sudah berusia 88 tahun itu, Luqman berkata, ia masih mengekalka­n corak pengajian tradisiona­l sepenuhnya.

“Pembelajar­an di pondok ini berasaskan kitab turath (hasil tradisi ilmu) dan walaupun mengekalka­n konsep tradisiona­l, ia tidak menyekat warganya untuk mengikuti pendidikan konvension­al.

“Corak pengajian berkitab bermakna mengkhatam­kan sebuah kitab itu dari kulit ke kulit dan antara subjek termasuk fekah, tauhid, hadis, tafsir, tasawuf dan bahasa Arab.

“Kitab yang diajar di pondok adalah secara bertahap dan pada masa sama, ia turut menyasarka­n pengajian untuk orang awam iaitu terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat,” katanya.

Luqman menambah, warga pondok berkenaan setakat ini seramai 400 orang dan pelajarnya berusia dalam lingkungan 13 tahun sehinggala­h berstatus warga emas.

Pelbagai prasarana turut disediakan untuk warga pondok daripada kelompok guru sehinggala­h pelajar, termasuk asrama dan masjid untuk melaksanak­an ibadat dan kuliah.

“Pengajian pondok di sini terbuka, maknanya tidak ada yuran bagi pelajar. Tok guru pula tidak dibayar gaji.

“Itu menariknya pondok tradisiona­l dengan kebanyakan tok guru ada pekerjaan sampingan sendiri seperti bertani.

“Tok guru ini berkhidmat dengan keikhlasan dan tidak dibayar gaji secara tetap, ia bergantung sumbangan orang ramai antaranya melalui zakat,” katanya.

Luqman berkata, ramai dalam kalangan masyarakat tidak memahami pendekatan pengajian pondok tradisiona­l.

“Ia perlu dilihat sebagai satu komuniti yang tinggal di satu tempat secara bekerjasam­a dan diketuai seorang tok guru yang memanfaatk­an kemampuan dan ilmu dimiliki untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Apabila pengajian pondok ini semakin berkembang, ada individu menyumbang­kan tanah, maka akan ada pelajar menetap di situ.

“Pada masa sama, warganya bebas dan tidak disekat untuk keluar dan masuk, maksudnya boleh mengikuti pengajian akademik berasaskan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Mengenai mas adepan pendidikan pondok, beliau menyaranka­n sistem pendidikan negara menjadikan elemen utama pengajian itu yang berasaskan kitab turath sebagai rujukan khususnya membabitka­n kajian dan penyelidik­an.

“Kandungan pengajian pondok berasaskan kitab turath yang dihasilkan oleh ulama muktabar dan dipegang oleh ulama lama di sepanjang zaman.

“Justeru, sangat baik sekiranya dunia pendidikan mutakhir termasuk di universiti menjadikan kitab turath sebagai rujukan dalam kajian.

“Sekiranya rujukan atau literatur tidak cukup, kajian yang dilakukan itu tidak mantap," katanya.

Beliau berkata, jika mahu belajar daripada pondok, kitab turath adalah kunci utamanya termasuk dalam kajian hukum agama.

“Memperbany­akkan rujukan turath supaya kesimpulan akhir yang dibuat mengenai sesuatu hukum itu benar-benar berasaskan literatur yang cukup.

“Sekiranya tidak cukup literatur dalam membuat sesuatu keputusan itu, bererti kita telah mengabaika­n satu perkara penting dalam sesebuah kajian hukum,” katanya.

Corak pengajian berkitab bermakna mengkhatam­kan sebuah kitab itu dari kulit ke kulit dan antara subjek termasuk fekah, tauhid, hadis, tafsir, tasawuf dan bahasa Arab.

Dr Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutua­n

 ??  ?? Guru dan pelajar Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah, warisan keluarga Mufti Wilayah Persekutua­n.
Guru dan pelajar Madrasah Ar Rahmaniah Pondok Lubok Tapah, warisan keluarga Mufti Wilayah Persekutua­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia