Berita Harian

Dr Robaayah bangga pencapaian diraih IJN

Sedia berkhidmat hingga ke akhir hayat demi pesakit

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Kepakaran dimiliki Institut Jantung Negara (IJN) sehingga menyamai pusat rawatan kardiologi terbaik dunia, Cleveland Clinic, Amerika Syarikat antara pencapai paling manis dan membanggak­an dicapai ketika di bawah kelolaan Pakar Perunding Kanan Kardiologi IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari, 65.

Lebih-lebih lagi, ketika itu beliau adalah ketua pegawai eksekutif (CEO) selama lima tahun bermula 2009 hingga 2014, sekali gus menjadi pakar perubatan pertama wanita menyandang jawatan itu.

Hampir 40 tahun pengalaman dalam dunia perubatan dan 34 tahun dalam bidang pengkhusus­an kardiologi, Dr Robaayah yang juga Ahli Lembaga Pengarah IJN, dewasa bersama institut berkenaan, sejak penubuhann­ya.

Sebagai insan terawal terbabit dalam penubuhan awal institut berkenaan, beliau berjaya membawa negara sebagai antara pusat pelanconga­n perubatan.

“Hari ini, hampir segala siasatan dan rawatan (rawatan penyakit jantung, termasuk intervensi dan pembedahan) boleh dilakukan di IJN. Malah, saya rasa, tidak keterlalua­n kalau dikatakan kemudahan itu lebih canggih berbanding di negara jiran.

“IJN sudah lengkap dan hampir sempurna sebagai sebuah pusat rawatan yang menyediaka­n teknologi terkini dan termaju. Untuk berada pada tahap ini, kita perlu sentiasa mengikuti perkembang­an rawatan pada peringkat antarabang­sa dengan rawatan terkini kita miliki termasuk penukaran injap Aortic yang sempit tanpa pembedahan TAVI, rawatan tanpa pembedahan Mitraclip bagi injap mitral yang bocor dan rawatan tanpa pembedahan dengan peranti Parachute bagi kegagalan jantung,” katanya kepada BH.

Hasil kejayaan semua pihak

Dr Robaayah berkata, pencapaian IJN hingga ke tahap sekarang hasil kerjasama banyak pihak, khususnya kerajaan yang memberikan tumpuan kepada aspek kesihatan.

“Pada 1970-an dulu, tak ada kelengkapa­n rawatan penyakit jantung dan pesakit sering dirujuk di Filipina,” katanya.

Robaayah memulakan tugas sebagai doktor pada 7 Julai 1977 di Hospital Kuala Lumpur (HKL), seterusnya sebagai pakar kardiologi, HKL pada 1982.

Berkhidmat di bahagian pengurusan dan kembali kepada tugasan sebagai perunding perubatan, Dr Robaayah berkata, setiap bidang tugasan ada cabaran berbeza tetapi menyeronok­kan buat dirinya yang memang insan yang kuat bekerja.

“Saya keluar rumah jam 6.30 pagi dan akan balik lewat malam. Kalau orang kata saya kuat kerja, memang diakui kerana itulah prinsip dan rasa macam ada sesuatu yang tidak kena jika saya tidak bekerja,” katanya.

Jadi pilihan VIP

Pengalaman luas antara alasan kukuh, anak kelahiran Perak ini menjadi pilihan VIP sebagai doktor pakar mereka.

Namun, Dr Robaayah berkata, tidak menabik dada kerana menjadi buruan VIP, sebaliknya ia sebagai tanggungja­wab sama kepada pesakitnya tanpa merasai batasan status mereka.

Anak kelima daripada tujuh beradik ini kepada pasangan, kerani, Zambahari Kulop Udi dan suri rumah, Sallehah Kayang, ini terdedah kepada dunia perubatan sejak kecil apabila ayahnya bekerja dengan orang Inggeris.

Impian menjadi doktor tercapai dan tugasnya yang banyak termasuk kerap menghadiri persidanga­n perubatan di dalam dan di luar negeri, selain menjadi penceramah, pensyarah, pengerusi, ahli panel dan banyak lagi mewarnai perjalanan kerjayanya.

“Dulu wanita menjadi doktor tidak ramai. Kebanyakan wanita memilih menjadi guru manakala lelaki sebagai jurutera,” kata penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2011.

Tidak ramai doktor wanita dalam bidang kardionolo­gi disebabkan corak kerja sentiasa bersiap sedia dipanggil untuk merawat pesakit pada bila-bila masa.

Bidang perubatan tidak pernah padam, sebaliknya beliau terus berkhidmat menabur bakti pada pesakit walaupun sudah berusia 65 tahun, sewajarnya sudah pencen.

Beliau bangga dengan pencapaian diraih IJN yang hebat dari segi kepakaran, berteknolo­gi tinggi, peralatan canggih dan terkini tetapi gaya hidup masyarakat menjaga kesihatan kesihatan terutamany­a jantung masih rendah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia