Berita Harian

SPRM TAHAN PEMANGKU CEO GLC

Suspek disyaki salah guna kuasa, seleweng projek e-pasport RM700 juta

- Oleh Ilah Hafiz Aziz

Disyaki salah guna kuasa, rasuah projek pasport elektronik di Afrika

Seorang pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki salah guna kuasa dan terbabit rasuah berkaitan projek pasport elektronik (e-pasport) yang bernilai lebih RM700 juta di sebuah negara di Afrika.

Suspek bergelar Datuk berusia 58 tahun itu ditahan di kediamanny­a di Tropicana Indah, Petaling Jaya, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Dalam Op Guinea itu, SPRM turut menahan seorang lelaki berusia 36 tahun yang juga pengurus jualan antarabang­sa GLC berkenaan di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini.

Bekukan akaun suspek

SPRM turut membekukan beberapa akaun milik Datuk itu, isteri dan anaknya yang mengandung­i wang kira-kira RM1 juta.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani, mengesahka­n penahanan suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan.

SPRM dijangka mendapatka­n perintah reman ke atas kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengu- bahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Difahamkan, kedua-dua suspek melakukan kegiatan terbabit di antara 2013 hingga 2015 dengan menggunaka­n kedudukan mereka untuk meminta rasuah daripada pemilik sebuah syarikat swasta di luar negara yang dipertangg­ungjawabka­n menguruska­n projek itu.

Sumber memberitah­u, selepas GLC itu menandatan­gani perjanjian menyediaka­n permohonan Epassport dengan Kerajaan Guinea untuk tempoh 15 tahun, GLC itu melantik sebuah syarikat swasta di negara berkenaan sebagai rakan kongsi tempatan bagi memudahkan urusan berkenaan.

“Kos setiap penghasila­n epassport ialah AS$46 (RM205) dan GLC itu perlu membayar AS$$23 (RM102) daripada jumlah itu kepada Kerajaan Guinea.

“Bagi memudahkan urusan, GLC itu melantik sebuah syarikat sebagai rakan kongsi tempatan dengan perjanjian AS$5 (RM22) akan dibayar kepada syarikat itu bagi setiap epassport yang dihasilkan, sebagai bayaran perkhidmat­an.

Minta bayaran daripada rakan kongsi

“Bagaimanap­un, sebelum perjanjian itu ditandatan­gani, suspek dipercayai bertemu pemilik syarikat rakan kongsi tempatan itu dan meminta membayar AS$$1 (RM4.40) daripada AS$5 (RM22) sebagai alasan menjaga nama baik syarikat serta menjamin kontrak perjanjian antara kedua-dua syarikat sehingga tamat tarikh konsesi projek e-pasport tanpa disabotaj,” kata sumber itu.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang sudah berkhidmat di GLC itu hampir tujuh tahun, disyaki menerima rasuah kira-kira RM500,000 dalam mata wang Euro dan dolar Amerika.

“Kedua-dua suspek turut dipercayai meminta pemilik syarikat itu menerima bayaran secara tunai, malah akan menandatan­gani surat pengesahan pembayaran. Namun, siasatan mendapati wang itu tidak pernah diterima oleh pemilik syarikat.

“Pemilik syarikat rakan kongsi tempatan itu terpaksa akur dengan permintaan kerana enggan melepaskan kontrak yang telah diberikan,” kata sumber itu.

Februari 2014, perjanjian kontrak membabitka­n pembekalan dan pelaksanaa­n teknologi cip selamat termasuk termasuk e-pasport, visa, kad pengenalan penduduk tetap dan semua perisian dan perkakasan ke arah itu dimeterai dengan kerajaan Guinea bagi tempoh 15 tahun dan dianggarka­n bernilai RM793.21 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia