Berita Harian

Hamilton sokong Mercedes ikat Bottas

-

London: Juara dunia Formula Satu (F1) tiga kali, Lewis Hamilton menyokong keputusan Mercedes untuk mengikat Valtteri Bottas dan pasukan terbabit boleh berharap kejayaan daripada kedua-dua pemandu musim ini, kata bos pasukan Mercedes, Toto Wolff.

Bottas menyertai pasukan terbabit dari Williams bagi menggantik­an tempat pemandu dari Jerman, Nico Rosberg yang bersara pada Disember lalu selepas memenangi gelaran pertamanya.

“Kami sudah bercakap dengan Lewis sebelum Krismas...dan dia berkata, dia fikir Valtteri adalah individu yang baik, seorang daripada pemandu yang bagus dalam F1 dan dia merasakan ia pilihan yang betul,” kata Wolff.

Bercakap kepada pengulas, Oskari Saari, beliau berkata pemandu dinamik sudah berubah dengan Hamilton, 32, dan Bottas, 27, adalah dua watak yang sangat berbeza.

Permusuhan silam

“Saya rasa mereka akan dapat bekerja dengan baik,” katanya.

“Keadaan sebelum ini OK antara Nico dan Lewis tetapi ada sejarah masa lalu...(sekarang) ia adalah hubungan baharu dan tidak ada permusuhan silam.

“Akan ada saat-saat di mana ia akan menjadi sukar tetapi saya fikir personalit­i adalah untuk pasukan dan ia akan menjadi keadaan yang baik serta mungkin lebih mudah untuk dikendalik­an berbanding masa lalu.”

Hamilton dan Rosberg adalah rakan sepasukan dalam F1 yang mana hubungan persahabat­an mereka tampak kurang baik dan wujud ketegangan dalam pasukan.

Mercedes tidak mendedahka­n butiran kontrak Bottas, walaupun laporan media menyatakan ia adalah untuk satu tahun. Reuters

8 kedudukan Bottas pada musim 2016 85 MATA diraih Bottas pada musim 2016

 ??  ?? Lewis Hamilton
Lewis Hamilton
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia