Berita Harian

WANITA MATI DITEMBAK JARAK DEKAT

Lebih 10 das tembakan tembusi cermin kereta sedang dipandu

- Oleh Fatin Fazlina Yaakob bhnews@bh.com.my Georgetown

Seorang ahli perniagaan wanita mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosik­al di Jalan Pekaka, Gelugor, di sini, semalam.

Ruby Lee Poh Ai, 49, yang memandu kereta BMW bersendiri­an dari Sungai Dua menuju Bukit Gambir, ditembak ketika terperangk­ap dalam kesesakan lalu lin- tas, jam 5.45 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Zainol Samah, berkata suspek yang berhenti di sebelah kereta wanita itu, melepaskan sekurang-kurangnya 10 das tembakan ke arah mangsa.

Kereta terbabas

Katanya, kereta berkenaan kemudian terbabas ke Jalan Lintang Pekaka 9 sebelum terlanggar sebuah kenderaan utiliti sukan yang diparkir dan merempuh pagar rumah.

Masih siasat motif

“Enam tembakan mengenai kepala dan badan yang menyebabka­n wanita itu mati di tempat kejadian. Polis masih menyiasat motif kejadian dan setakat ini tiada kaitan dengan kegiatan gangsteris­me.

“Kita juga sedang menyiasat sama ada mangsa terbabit dalam kegiatan jenayah,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Difahamkan, mangsa menjalanka­n aktiviti perniagaan logistik sejak beberapa tahun lalu, manakala suaminya adalah ahli perniagaan terkemuka.

Zainol berkata, pihaknya sedang memburu suspek dan akan mendapatka­n kenyataan dari ahli keluarga mangsa.

Beliau meminta orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kejadian itu.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Keadaan kereta kejadian kes tembak di Jalan Pekaka Satu, Sungai Dua, Georgetown, Pulau Pinang. Gambar kecil, kesan tembakan pada cermin kereta mangsa.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Keadaan kereta kejadian kes tembak di Jalan Pekaka Satu, Sungai Dua, Georgetown, Pulau Pinang. Gambar kecil, kesan tembakan pada cermin kereta mangsa.
 ??  ?? Ruby Lee Poh Ai
Ruby Lee Poh Ai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia