Berita Harian

JAINJ tangguh aktiviti sehingga siasatan selesai

-

Johor Bahru: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menangguhk­an semua aktiviti badan kebajikan dan sukannya sehingga siasatan terhadap dua pegawainya yang disyaki menyalahgu­nakan kuasa selesai.

Pengerusi Jawatankua­sa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim, berkata sebarang tindakan, termasuk membubarka­n badan yang ditubuhkan Bahagian Undang-undang Syariah jabatan itu akan hanya diputuskan sekiranya laporan menunjukka­n penubuhan tidak mematuhi undang-undang.

“Semua jabatan kerajaan ada badan kebajikan dan sukan mereka sendiri dan dalam hal ini, kami perlu menunggu laporan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Badan kebajikan ini juga memberi manfaat kepada kepada kakitangan jabatan.

“Kami lihat dahulu macam mana, sekiranya badan kebajikan dan sukan ini didapati menyalahi peraturan atau prosedur penubuhan, kita akan bubarkan, apapun tunggu laporan penuh siasatan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Mahkamah semalam membenarka­n permohonan reman selama tujuh hari terhadap empat pegawai agama Johor, termasuk dua yang terbabit dalam badan sukan dan kebajikan.

Perintah itu dikeluarka­n oleh Majistret Salina Omar, selepas dimohon oleh SPRM dan semua suspek direman tujuh hari bermula semalam sehingga Isnin hadapan.

Dua pegawai kanan JAINJ berusia 55 dan 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor, kelmarin ketika hadir memberi keterangan berhubung siasatan dijalankan ke atas mereka.

Salah guna kedudukan

Siasatan awal mengikut Seksyen 23 Akta SPRM itu mendapati kedua-dua suspek menyalahgu­nakan kedudukan mereka di Bahagian Undang-undang Syariah JAINJ dengan meluluskan permit penganjura­n kursus praperkahw­inan Islam tanpa melalui prosedur.

Kedua-dua suspek dipercayai meluluskan permit penganjura­n kursus praperkahw­inan Islam menerusi badan kebajikan dan sukan yang ditubuhkan oleh Bahagian Undang-undang Syariah JAINJ dan sejak tahun 2015 hingga 2016 dengan kutipan bayaran peserta kursus berjumlah kira-kira RM130,000 dimasukkan ke dalam akaun badan itu.

Dalam kes berasingan, dua pegawai kanan Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru dan negeri turut ditahan SRPM kerana disyaki menerima wang rasuah daripada sebuah syarikat percetakan buku yang mencetak buku bagi Sekolah Agama Rakyat Negeri Johor.

Kedua-duanya yang berusia 45 dan 55 tahun masing-masing ditahan selepas disyaki menerima wang rasuah daripada sebuah syarikat pencetak buku sebagai balasan memberi projek mencetak buku dan kitab Sekolah Agama Rakyat yang dianggarka­n bernilai RM5 juta sejak 2015 sehingga sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia