Berita Harian

Padah gosok hidung buaya kurungan

Pekerja sambilan putus kaki kena baham

- Oleh Poliana Ronnie Sidom

Gara-gara menggosok hidung seekor buaya, seorang pekerja sambilan di Taman Buaya Sandakan, di sini, putus kaki kanan akibat dibaham haiwan berkenaan, kelmarin.

Lelaki berumur 35 tahun itu turut parah di tangan kanan dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Duchess of Kent (HODK), di sini.

Mangsa tidak menduga tindakan ganas buaya terbabit selepas selesai memberi makanan pada jam 1.45 tengah hari, kelmarin.

Difahamkan, buaya terbabit hanya melepaskan mangsa selepas seorang lagi pekerja yang melihat kejadian itu menghalau reptilia berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Mohd Azhar Hamin, berkata sebelum kejadian mangsa membawa seekor bangkai ayam untuk makanan buaya itu.

Tangan kanan hancur

Selepas selesai memberi makanan, mangsa yang juga pelatih pertunjuka­n burung di taman itu, menggosok hidung buaya terbabit.

“Ketika itulah buaya terbabit bertindak membaham tangan dan kaki mangsa. Akibatnya, kaki kanan mangsa putus, manakala tangan kanannya hancur,” katanya, di sini, semalam.

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA/BH] ?? Keadaan kaki mangsa yang terputus selepas diserang buaya di Taman Buaya Sandakan.
[FOTO IHSAN PEMBACA/BH] Keadaan kaki mangsa yang terputus selepas diserang buaya di Taman Buaya Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia