Berita Harian

SULTAN JOHOR DEDAH NAMA EJEN CUBA RASUAH HARI INI

Orang tengah cuba rasuah isu penganuger­ahan pingat bukan individu berkepenti­ngan dalam kerajaan

- Oleh Ahmad Suhael Adnan dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bh.com.my

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini bagi mendapatka­n maklumat mengenai orang tengah yang cuba merasuah baginda berhubung penganuger­ahan pingat.

Baginda mengesahka­n perkara itu sejurus tiba di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kuala Lumpur dengan kereta api yang dipandunya sendiri petang semalam.

“SPRM akan datang menghadap saya esok (hari ini) dan kami akan melihat dari pertemuan itu.

“Ya (akan dedahkan nama individu itu)... satu nama.

“Saya rasa terhina dengan perkara itu (cubaan merasuah oleh orang tengah),” titah baginda.

Ketika ditanya mengenai identiti ‘orang tengah’ itu, Sultan Ibrahim enggan mendedahka­nnya kepada pemberita tetapi berkata: “Nama (gelaran) makin panjang, makin panjang.”

Mengulas lanjut, Sultan Ibrahim juga menafikan individu itu adalah pihak berkepenti­ngan dalam kerajaan.

“Bukan menteri. Kerajaan bersih dalam perkara ini... tiada menteri terbabit, namun dia adalah orang tempatan dan berasal dari Kuala Lumpur,” titahnya.

Dalam temu bual BH dan wakil agensi media di bawah Media Prima Berhad dengan baginda, barubaru ini, Sultan Ibrahim mendedahka­n ada ejen yang datang berjumpa baginda dan menawarkan RM2 juta bagi mencadangk­an nama kepada Ketua Setiausaha Negara untuk gelaran Tan Sri daripada Yang di-pertuan Agong.

Pandu kereta api sewaan khas

Sementara itu, Sultan Ibrahim tiba di Stesen KTMB Kuala Lumpur selepas berkenan memandu kereta api sewaan khas sejauh 296 kilometer dari Stesen KTMB JB Sentral, Johor Bahru.

Baginda mula memandu pada jam 9.27 pagi, sebelum tren Tanjung Kupang 26108 enam gerabak itu tiba di Platform 4 Stesen KTMB Kuala Lumpur pada jam 4.05 petang.

Gerabak pemandu kereta api bernombor 1002 dinaiki baginda itu turut membawa penumpang terdiri daripada keluarga Diraja dan kakitangan KTMB.

Sebaik tiba, baginda yang berkemeja petak berwarna merah disambut warga kerja KTMB diketuai Ketua Transforma­si KTMB, Afzar Zakaria dan bersalaman dengan mereka dan orang awam, sebelum bertemu dengan pihak media.

Baginda dijangka memandu pulang kereta api ke Segamat pada 29 Mac ini selepas bercuti di Kuala Lumpur.

Bukan menteri. Kerajaan bersih dalam perkara ini... tiada menteri terbabit, namun dia adalah orang tempatan dan berasal dari Kuala Lumpur” Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Johor

 ??  ??
 ??  ?? Sultan Ibrahim Iskandar tiba di Stesen KTMB Kuala Lumpur selepas memandu kereta api sewaan khas sejauh 296 kilometer dari Stesen KTMB JB Sentral, semalam.
Sultan Ibrahim Iskandar tiba di Stesen KTMB Kuala Lumpur selepas memandu kereta api sewaan khas sejauh 296 kilometer dari Stesen KTMB JB Sentral, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia