Berita Harian

Tiada kes mati terhidu peluntur

-

Kuching: Jabatan Kesihatan Sarawak menafikan berlaku sebarang kes kematian di negeri ini yang didakwa akibat terhidu cecair peluntur seperti diviralkan di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Jamilah Hashim, berkata memang berlaku kes kematian membabitka­n seorang petugas di Politeknik Mukah, 2 Januari lalu, namun ia disebabkan punca semula jadi dan bukan akibat terhidu cecair peluntur seperti didakwa pihak tertentu.

“Jabatan Kesihatan Sarawak dimaklumka­n berlaku penyebaran maklumat tidak tepat berhubung kes kematian seorang wanita yang juga seorang daripada kakitangan di Politeknik Mukah, 2 Januari lalu yang didakwa akibat terhidu cecair peluntur.

“Ia tidak benar sama sekali, malah bedah disiasat dijalankan di Hospital Sibu mengenalpa­sti punca kematian wanita terbabit adalah disebabkan komplikasi kesihatan dan bukan keracunan cecair peluntur,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Maklumat tak sahih

Beliau mengulas isu penyebaran kes kematian seorang wanita akibat kerosakan pada sistem otak disebabkan terhidu cecair peluntur melalui laman sosial, termasuk Whatsapp dan Facebook oleh pihak tidak bertanggun­gjawab.

Justeru, Dr Jamilah menasihati orang ramai yang menyebarka­n maklumat tidak sahih itu agar menghentik­an segera perbuatan berkenaan bagi mengelak berlaku salah faham sehingga dikhuatiri mencetuska­n suasana panik dalam kalangan orang ramai.

“Jangan sebarkan maklumat sewenang-wenangnya tanpa mengenalpa­sti kesahihann­ya. Ia boleh mengundang situasi panik dan keresahan dalam kalangan orang ramai. Ini juga bagi menghormat­i keluarga mangsa dan tidak mengganggu emosi mereka,” katanya.

Beliau berkata, sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu, mangsa dilaporkan sering mengadu mengalami sakit kepala yang akut.

 ??  ?? Viral yang disebarkan pihak tidak bertanggun­gjawab pada 2 Januari lalu.
Viral yang disebarkan pihak tidak bertanggun­gjawab pada 2 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia