Berita Harian

21 PELAJAR UPSR, PT3, SPM 2016 TERIMA ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG BH

APCBH 2016 perkenal kategori baharu hargai sumbangan pendidik

- Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

enggunaan sisipan pendidikan BH iaitu Didik sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP) banyak membantu pelajar saya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n,” kata Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Rinting 2, Pasir Gudang, Johor, Ilham Ismail.

Ilham dipilih sebagai pemenang pertama bagi kategori baharu Anugerah Pelajar Cemerlang BH (APCBH) 2016 yang diperkenal­kan tahun ini iaitu Rakan Sekolah Cemerlang BH (Pendidik Kreatif), sekali gus membawa pulang wang tunai RM2,500 dan hadiah iringan.

“Saya sudah menggunaka­n sisipan Didik sejak enam tahun lalu. Penggunaan akhbar BH untuk membuat peta i-think dalam pembelajar­an abad ke-21 pula mula dimanfaatk­an sejak tahun lalu kerana yakin dengan maklu- mat lengkap yang terdapat dalam sisipan Didik dan akhbar BH itu sendiri.

“Penggunaan akhbar dalam PDP ini menunjukka­n hasil yang membanggak­an apabila mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman dan Penulisan) mendapat 100 peratus lulus bagi peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas penyampaia­n anugerah berkenaan di sini, semalam.

Majlis penyampaia­n anugerah disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid.

Suntik semangat pelajar

Yang turut hadir, Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali; Pengarang Eksekutif Berita/ Rencana/digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an; Pengarang Eksekutif Pengeluara­n, Percetakan dan Digital BH, Rosli Safar dan Pengurus Besar Pemasaran NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi.

Tiga sekolah turut dinobatkan sebagai pemenang kategori baharu APCBH 2016 iaitu Rakan Sekolah Cemerlang BH Akademik, Sukan dan Kokurikulu­m, dengan setiap pemenang menerima wang tunai RM5,000 dan sijil, manakala bagi kategori pelajar menerima wang tunai RM1,000, trofi dan sijil.

Seramai 21 pelajar cemerlang pula dipilih sebagai penerima bagi setiap kategori iaitu UPSR, Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan setiap pemenang membawa pulang wang tunai RM1,000, trofi dan sijil penghargaa­n.

Sementara itu, Abdul Jalil berkata, APCBH 2016 dianjurkan sebagai penghargaa­n kepada pelajar yang pernah mengikuti Seminar Bimbingan Peperiksaa­n BH merangkumi UPSR, PT3 dan SPM pada tahun lalu.

“Setiap penerima kategori UPSR, PT3 dan SPM ini dinilai berdasarka­n pencapaian cemerlang akademik serta pembabitan dalam kokurikulu­m tertinggi sama ada pada peringkat sekolah, negeri, kebangsaan atau antarabang­sa.

“Anugerah ini diharap dapat mendorong dan menyuntik semangat pelajar supaya terus berusaha gigih bagi mencapai kecemerlan­gan seimbang dalam akademik dan kokurikulu­m,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH] ?? Abdul Jalil (lima dari kiri) bersama-sama pemenang kategori Rakan Sekolah Cemerlang BH dan Pendidik Kreatif.
[FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH] Abdul Jalil (lima dari kiri) bersama-sama pemenang kategori Rakan Sekolah Cemerlang BH dan Pendidik Kreatif.
 ??  ?? Penerima APCBH bersama-sama Abdul Jalil, Mahfar, Rosli, Ahmad Zaini dan Farah Ezrin.
Penerima APCBH bersama-sama Abdul Jalil, Mahfar, Rosli, Ahmad Zaini dan Farah Ezrin.
 ??  ?? Penerima APCBH 2016 bersama keluarga masing-masing di Balai Berita, Kuala Lumpur.
Penerima APCBH 2016 bersama keluarga masing-masing di Balai Berita, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia