Berita Harian

NTP cetus pelbagai impak positif ekonomi

PM ajak seluruh rakyat bersyukur kerana Malaysia terus dilimpahi rahmat kestabilan

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

Datuk Seri Najib Razak mengajak seluruh rakyat bersyukur kerana Malaysia terus dilimpahi rahmat kestabilan dan trajektori pertumbuha­n ekonomi yang kekal positif.

Justeru, Perdana Menteri berharap rakyat tanpa mengira kaum, keturunan dan bangsa berbaik-baik antara satu sama lain untuk menjamin keamanan dan kemakmuran negara.

“Apa yang saya dan pihak kerajaan buat adalah untuk kepentinga­n seluruh rakyat, tidak kira kaum, keturunan ataupun bangsa.

“Maka, kita tidak mahu gaduh-gaduh, kita hendak semua berbaik-baik, tolong-menolong antara satu sama lain, agar negara kita aman dan makmur.

“Depan saya nampaknya saudara Mat Over pun hadir dan saudara David Teoh pun ada, duduk sama-sama lagi, macam ini la bagus.

“Ini yang saya mahu sebagai Perdana Menteri dan kerajaan hendak lihat rakyat kita bersatupad­u, barulah Malaysia akan berjaya,” katanya berucap melancarka­n Laporan Tahunan Program Transforma­si Negara (NTP) 2016 di Universiti Teknologi MARA (UITM) di sini, malam tadi.

Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin dan David Teoh mencuri perhatian umum susulan tindakanny­a menampar penerbit filem itu di depan Najib dalam Majlis Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN2015), minggu lalu.

Menjelas laporan pencapaian NTP, Najib berkata, antara lain ia merangkumi pertambaha­n laluan Transit Aliran Ringan (LRT) dan projek pembinaan Keretapi Berkelajua­n Tinggi (High Speed Rail) menghubung­kan Kuala Lumpur dan Singapura dalam hanya tempoh 90 minit yang bakal menjadi kenyataan.

Turut dalam perancanga­n pembinaan Projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), menghubung­kan Pengkalan Kubor, Kelantan ke Pelabuhan Klang yang akan memberi limpahan ekonomi di sepanjang laluannya.

Katanya, NTP turut membabitka­n pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dari Teluk Melano ke Lawas di Sarawak dan ke Sabah dari Sindumin ke Tawau, yang keseluruha­nnya sepanjang 2,325 kilometer, dengan kos hampir RM30 bilion.

Najib berkata, projek MRT Fasa 1, yang beroperasi pada 16 Disember 2016 lalu juga berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

“Insya-allah, Fasa 2 MRT yang seterusnya ini, akan memulakan operasi pada Julai ini, melengkapk­an jajaran Sungai Buloh – Kajang sepanjang 51 kilometer,” katanya.

Utama pembanguna­n kawasan luar bandar

Perdana Menteri turut berkata, menerusi NTP, kerajaan mengutamak­an pembanguna­n luar bandar menerusi NKRA (Bidang Keberhasil­an Utama Negara) Pembanguna­n Luar Bandar.

Katanya, sejak 2010 sehingga 2016, kerajaan membina dan menaik taraf 6,042 kilometer jalan raya luar bandar, menyediaka­n bekalan air bersih kepada lebih 350,000 rumah dan menyambung­kan bekalan elektrik kepada lebih 153,000 rumah di luar bandar.

“Kerajaan turut membina dan membaik pulih hampir 100,000 rumah golongan miskin luar bandar sejak tahun 2010 hingga 2016,” katanya.

Merujuk kepada pembanguna­n golongan B40 pula, Najib berkata, purata pendapatan bulanan golongan itu kini sudah meningkat, daripada RM1,847 kepada RM2,537.

Dalam industri pelanconga­n pula, menerusi NTP, seramai 26.7 juta pelancong datang melawat Malaysia, berbanding 25.7 juta pelancong pada tahun 2015.

“Perolehan pelanconga­n juga meningkat daripada RM69 bilion pada tahun 2015, kepada RM82 bilion pada tahun lalu.

“Apa yang membanggak­an kita, Malaysia diiktiraf sebagai Destinasi Utama Asia selama dua tahun berturut-turut di World Travel Award 2015 dan 2016,” katanya.

Perdana Menteri berkata, pelancaran Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) pada 23 Mac lalu bakal menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi digital pertama di dunia, di luar negara China.

“Melalui inisiatif ini, Ekonomi Digital mampu mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan berpendapa­tan tinggi baharu, sekali gus berupaya menyumbang lebih 20 peratus penghasila­n kepada KDNK negara.

“Bermula 1 Oktober tahun ini, sebanyak 1,500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia yang layak, akan disenaraik­an di platform e-dagang, Alibaba.com.

“Insya-allah, DFTZ ini menerusi inisiatif Kuala Lumpur Internet City, akan dimajukan di Bandar Malaysia sebagai hab ecommerce yang terhebat lagi terunggul di dunia,” katanya.

Pada majlis itu, Najib juga berkongsi kisah kejayaan beberapa individu dalam beberapa sektor yang menerima pelbagai bantuan kerajaan menerusi NTP.

Apa yang saya dan pihak kerajaan buat adalah untuk kepentinga­n seluruh rakyat, tidak kira kaum, keturunan ataupun bangsa” Najib Razak, Perdana Menteri

 ??  ?? Najib memerhatik­an Mat Over bersalaman dengan David pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan Program Transforma­si Negara di UITM Shah Alam, malam tadi.
Najib memerhatik­an Mat Over bersalaman dengan David pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan Program Transforma­si Negara di UITM Shah Alam, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia