Berita Harian

Warga India guna 54 beg sorok dadah kena tahan

-

Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) merampas 8.37 kilogram dadah disorok dalam 54 beg kecil bernilai kira-kira RM376,650.

Timbalan Ketua Pengarah JDKM (Bahagian Perkastama­n dan GST), Datuk Zulkifli Yahya pada sidang media di sini semalam, berkata kes pada Ahad lalu membabitka­n seorang lelaki warga India berumur 38 tahun yang tiba di KLIA dari Kochi, India.

Katanya, hasil imbasan dan pemeriksaa­n ke atas bagasi dibawa suspek, pegawai kastam bertugas mendapati ada serbuk putih disyaki ketamin disorok dalam setiap 54 beg kecil yang diletakkan dalam bagasi berkenaan.

“Ini kali pertama suspek masuk ke Malaysia dan dadah berkenaan adalah untuk pasaran negara ini, bukan untuk transit ke negara lain.

“Kita juga anggap suspek bukan keldai dadah kerana beliau mengaku tahu isi kandungan bagasi berkenaan,” katanya.

Tahan tiga suspek

Sementara itu, katanya, JKDM KLIA juga berjaya menahan tiga suspek kerana kesalahan import dan eksport mata wang, masing-masing pada 17 Mei membabitka­n lelaki warga Yaman berusia 35 tahun serta suami isteri warga Thailand pada 18 Mei.

“Lelaki Yaman ditahan di Balai Ketibaan KLIA kerana gagal mengisytih­ar wang Euro 29,000 (RM140,380) dibawanya, manakala pasangan warga Thailand itu pula ditahan di Balai Berlepas Antarabang­sa Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2.

“Pasangan itu gagal mengemukak­an surat kelulusan Bank Negara Malaysia untuk membawa RM70,000 yang dijumpai dalam dua bagasi milik mereka,” katanya.

 ?? [FOTO NOOR ATIQAH SULAIMAN/BH] ?? Zulkifli (tengah) menunjukka­n dadah yang berjaya dirampas di KLIA sambil diperhati oleh Penolong Ketua Pengarah (Penguatkua­saan) Kastam, Datuk Paddy Abd Halim dan Pengarah JKDM KLIA, Datuk Hamzah Sundang (kanan) pada sidang media, semalam.
[FOTO NOOR ATIQAH SULAIMAN/BH] Zulkifli (tengah) menunjukka­n dadah yang berjaya dirampas di KLIA sambil diperhati oleh Penolong Ketua Pengarah (Penguatkua­saan) Kastam, Datuk Paddy Abd Halim dan Pengarah JKDM KLIA, Datuk Hamzah Sundang (kanan) pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia