Berita Harian

Kiblat tersasar

Timbulkan keraguan fungsi, tujuan aplikasi dihasilkan untuk orang ramai secara percuma

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bh.com.my

Lambakan aplikasi penunjuk arah kiblat yang boleh dimuat turun di telefon bimbit secara percuma meragukan kerana kebanyakan tidak menunjukka­n arah kiblat secara tepat. BH uji 10 aplikasi secara rawak di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan Pejabat Persatuan Falak Syar’i Malaysia di Kajang dapati 8 daripadany­a tersasar dari arah sebenar antara lima hingga 45 darjah

Lambakan aplikasi penunjuk arah kiblat yang boleh dimuat turun di telefon bimbit secara percuma menimbulka­n keraguan apabila kebanyakan­nya tidak menunjukka­n arah kiblat secara tepat.

Situasi ini jika tidak diatasi pasti meresahkan banyak pihak, terutama umat Islam di negara ini yang menggunaka­n aplikasi terbabit sebagai rujukan untuk menentukan arah kiblat.

BH yang menguji 10 aplikasi penunjuk arah kiblat secara rawak mendapati lapan aplikasi tidak mempamerka­n arah yang tepat.

Hasil ujian dilakukan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, mendapati hanya dua aplikasi terbabit menunjukka­n arah kiblat yang tepat.

Aplikasi itu ialah MYJAKIM yang dihasilkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Qibla Kaabah manakala tujuh aplikasi lain didapati tersasar antara lima hingga 10 darjah kiri dan kanan dari arah kiblat sebenar.

Jauh tersasar dari arah kiblat

Sementara satu lagi aplikasi yang dimuat turun lebih sejuta pengguna tersasar lebih 45 darjah ke kanan walaupun diuji beberapa kali.

Terdapat beberapa aplikasi terbabit sukar digunakan kerana pengguna terpaksa melayari ruang iklan terlebih dahulu sebelum dapat menggunaka­n penunjuk arah kiblat.

Bagi mendapatka­n hasil yang lebih tepat, BH bekerjasam­a dengan Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM) dengan menguji 10 aplikasi sama menggunaka­n kompas magnetik moden milik persatuan terbabit dan laser grid.

Kompas bernilai kira-kira RM3,000 itu adalah peralatan sama yang digunakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk mencari arah kiblat sebelum pembinaan masjid atau surau di seluruh negara.

Sengaja hasilkan aplikasi jauh terpesong dari arah sebenar

Dalam ujian yang dilakukan Yang Dipertua PFSM, Syed Kamarulzam­an Syed Kabeer dan Ahli Jawatankua­sa persatuan itu, Abdul Rahonny Mohd Yusof, kebanyakan aplikasi terbabit didapati tersasar dari arah kiblat sebenar.

Lebih membimbang­kan, terdapat dakwaan aplikasi terbabit dihasilkan oleh individu yang tidak bertanggun­gjawab yang hanya mahu mengaut keuntungan semata-mata.

Malah, ada dalam kalangan mereka yang sengaja menghasilk­an arah kiblat tidak menghala ke Kaabah di Makkah, sebaliknya ke lokasi lain bagi tujuan tertentu.

 ??  ?? Aplikasi penunjuk arah kiblat yang dipaparkan di dua telefon pintar tersasar dari arah kiblat sebenar (pancaran laser merah) dalam ujian di Pejabat Persatuan Falak Syar’i Malaysia di Bandar Seri Putra, Kajang.
Aplikasi penunjuk arah kiblat yang dipaparkan di dua telefon pintar tersasar dari arah kiblat sebenar (pancaran laser merah) dalam ujian di Pejabat Persatuan Falak Syar’i Malaysia di Bandar Seri Putra, Kajang.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia