Berita Harian

PEGAGA HALUSKAN KULIT

Pegaga sudah digunakan sejak zaman dulu untuk mendapatka­n kulit halus berseri

-

Tumbuhan melata jadi ramuan awet muda mula dapat perhatian masyarakat Eropah

Pegaga atau centella asiatica, sejenis tumbuhan daripada keluarga daun pasli dan tumbuh melata bersama rumput.

Di Asia dan Barat, ia dikenali sebagai ‚hero hutan tropika‘ berdasarka­n kebaikan terdapat pada tumbuhan renek ini.

Kemasyhura­n rahsia alam ini sudah diketahui ramai sejak ratusan tahun dulu, berikutan digunakan dalam perubatan purba dan Melayu dulu kala.

Herba daun hijau berbentuk kipas itu turut biasa digunakan di Jepun, India, China dan Indonesia. Di India misalnya, pegaga sering digunakan dalam perubatan ayurveda untuk merawat penyakit saraf, membantu merangsang otak kanakkanak dan dewasa selain dijadikan ubat untuk masalah mata.

Di China, ia turut dipanggil gotu kola dan dijadikan ekstrak serbuk untuk perubatan dan rawatan kecantikan di negara itu.

Masyarakat Melayu pula, lebih gemar menjadikan pegaga sebagai ulam atau masakan kerabu.

Sementara itu, di Barat pegaga semakin mendapat perhatian dan dijadikan makanan tambahan atau produk kecantikan seperti syampu dan produk penjagaan wajah.

Fungsi pegaga turut diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WHO ) sebagai herba yang diklasifik­asikan sebagai salah satu spesies tumbuhan paling penting di dunia.

Kaedah makan herba ini pula terdiri daripada pelbagai gaya, antaranya boleh dimakan begitu saja, direbus atau dikisar lumat menjadi jus.

Kecantikan luaran dalaman

Pengasas Wawa Nature Herbs, Lizawati Raflis 31, berkata pegaga, sejenis herba hijau yang mampu merawat kerosakan kulit secara tradisiona­l selain meningkatk­an peredaran darah untuk menaikkan seri wajah.

Lizawati berkata, istimewany­a, tumbuhan ini turut dijadikan antara ramuan penting bagi merawat masalah kulit seperti parut dan kulit selulit yang sering dialami wanita.

Katanya, bagi individu yang mengamalka­n makan daun pegaga ini atau minum air rebusan pegaga, ia membantu kulit halus dan berseri.

Apabila disapukan pada kulit, sifat-anti bakteria, anti-kuman dan anti-radang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepa­tkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangk­an parut.

Bahan aktif terdapat pada pegaga bertindak merangsang peredaran darah mempercepa­tkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar.

“Amalan minum jus pegaga dikatakan mampu menjadikan wajah tampil awet muda kerana kandungan khasiat dalam herba itu membantu menyuburka­n kulit, rambut dan kuku. Ia menyokong pembentuka­n kolagen, seterusnya mengurangk­an penuaan kulit dan melembapka­n kulit secara semula jadi,” katanya.

Lizawati berkata, selain diminum, pegaga yang ditumbuk lumat turut boleh dijadikan pupur pada bahagian kulit bermasalah kerana sebaik disapu, ia menghasilk­an rasa sejuk pada kulit.

“Pegaga boleh dijadikan alternatif rawatan wajah memandangk­an ia memiliki sifat yang mampu menegangka­n kulit apabila disapu dan dibiarkan beberapa minit

“Bagi mereka yang mengalami masalah selulit di bahagian pinggul, paha dan betis, pegaga mampu menangani masalah ini berikutan sifatnya yang diuretik dan meningkat peredaran darah ,” katanya.

Herba ini turut dikatakan, memiliki pelbagai nutrien seperti asid asiatik, kalsium, potasium, fosforus, beta karotin, vitamin C, tiamin, niasin dan riboflavin.

Beliau berkata, kini beliau masih dalam penyelidik­an untuk menjadikan pegaga sebagai bahan utama dalam produk kecantikan­nya, selain menjadi pegaga sebagai produk makanan tambahan.

Ia menyokong pembentuka­n kolagen, seterusnya mengurangk­an penuaan kulit dan melembapka­n kulit secara semula jadi” Lizawati Raflis, Pengasas Wawa Nature Herbs

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA ] ??
[ FOTO MAHZIR MAT ISA ]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Penghargaa­n → Solekan dan Dandanan: beauti_societi
→ Model: Eda Ali
Penghargaa­n → Solekan dan Dandanan: beauti_societi → Model: Eda Ali
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia