Berita Harian

BAJU RAYA HARGA BAWAH RM100 DI FIESTA MUSLIMAH

Pembelian RM50 ke atas dapat cenderahat­i

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Bukan sahaja kelengkapa­n pakaian wanita ditawarkan di bawah harga RM100, malah 50 pengunjung terawal ke gerai jualan A’ali Sahara juga akan menerima cenderahat­i percuma.

Itu tarikan gerai yang diusahakan dua bekas rakan sekolej untuk pengunjung Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH ’17), yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), 2 hingga 4 Jun ini.

Gerai berkenaan menawarkan jubah, baju kurung, palazo, blaus, telekung, selendang yang dijual pada harga RM40 hingga RM100, selain kemeja- T serendah RM25.

Nurul Nadia Nizazudin, 28, bersama Nur Atiqah A Rahman, 24, sebelum ini berniaga dalam talian sejak Februari lalu.

“Sambutan hangat pembeli, membuatkan kami menyertai bazar lokal yang menjadi aliran masa kini, sekali gus membolehka­n orang ramai melihat sendiri produk kami.

“Kebanyakan produk diambil dari Vietnam,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Hargai pembeli

Nurul Nadia berkata, promosi 50 pembeli terawal itu terbuka kepada pelanggan yang membuat pembelian RM100 sebarang produk di gerai jualan A’ali Sahara.

“Ini cara kami menghargai pembeli selain suatu sedekah sempena Ramadan iaitu pemberian tasbih dan surah Yasin.

“Kami menyediaka­n pelbagai saiz, corak pakaian berkualiti, mengikut trend terkini untuk digayakan pada Aidilfitri nanti,” katanya.

Nurul Nadia berkata, meskipun membeli-belah dalam talian tetap menjadi fenomena, orang ramai dilihat tetap mahu menyentuh sendiri fabrik berikutan mengingink­an pakaian berkualiti, selesa dan harga berpatutan.

“Kami yakin pakaian siap pilihan praktikal untuk digayakan pada lebaran, majlis kasual dan ke pejabat.

“Dengan pilihan jubah, baju kurung, selendang dan aksesori lain, wanita akan tampil anggun, berkeyakin­an dan berbelanja murah kerana harga kami yang berpatutan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Nurul Nadia Nizazudin
Nurul Nadia Nizazudin
 ??  ?? Pilihan baju raya menarik untuk digayakan pada Aidilfitri ini dengan harga berpatutan.
Pilihan baju raya menarik untuk digayakan pada Aidilfitri ini dengan harga berpatutan.
 ??  ?? A’ali Sahara turut menjual selendang trend terkini.
A’ali Sahara turut menjual selendang trend terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia