Berita Harian

‘Elak bulan puasa jadi pesta makanan’

-

Kuching: Satu mekanisme yang praktikal, termasuk merangka peraturan baharu perlu disegeraka­n bagi menangani isu pembaziran makanan dalam kalangan rakyat negara ini, terutama setiap kali Ramadan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata peraturan itu seharusnya membolehka­n makanan berlebihan, tidak kotor dan tidak terusik selepas disajikan kepada orang ramai boleh diagihkan kepada golongan memerlukan khususnya gelandanga­n.

“Sebelum ini, pengusaha restoran dan bufet hotel di negara ini enggan memberi lebihan makanan kepada rumah kebajikan dan pihak memerlukan atas isu keselamata­n serta kebersihan makanan, termasuk risiko keracunan makanan.

“Namun, kita percaya jika betul cara pengendali­an makanan atau minuman itu, melalui satu mekanisme atau garis panduan bakal dirangka, kita mampu menangani masalah ini, sekali gus membantu golongan memerlukan,” katanya selepas menyerahka­n sumbangan kebajikan sempena Ramadan kepada 810 warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan anak yatim di Masjid Darul Hana, di sini semalam.

Buang 17,000 tan makanan sehari

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye sebelum ini mendedahka­n kajian Solid Waste Management Corporatio­n menunjukka­n rakyat Malaysia membuang purata 17,800 tan makanan sehari. Kajian sama menunjukka­n setiap kali Ramadan, rakyat Malaysia membuang purata 270,000 tan sebulan makanan tidak diusik dan boleh dimakan semula, malah jika disusun menyamai 30 kali ketinggian Menara Berkembar PETRONAS.

 ?? [FOTO CHE RANI CHE DIN/BH] ?? Wan Junaidi menyerahka­n sumbangan kebajikan sempena Ramadan kepada 810 warga emas, OKU dan anak yatim di Masjid Darul Hana, Kuching, semalam.
[FOTO CHE RANI CHE DIN/BH] Wan Junaidi menyerahka­n sumbangan kebajikan sempena Ramadan kepada 810 warga emas, OKU dan anak yatim di Masjid Darul Hana, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia