Berita Harian

PERBANKAN ISLAM

Di Malaysia disaran segera bergabung

-

Penggabung­an unit-unit perbankan Islam di Malaysia adalah penting memandangk­an pasaran itu semakin tepu dengan peserta yang mahu mencatat pertumbuha­n, demikian saranan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB Holdings Bhd, Datuk Seri Zukri Samat, yang akan bersara tidak lama lagi.

Beliau berkata, penubuhan itu akan membolehka­nnya bersaing bukan sahaja dengan bank-bank Islam dalam negara, malah dengan institusi perbankan terkemuka dari segmen konvension­al seperti Maybank dan CIMB.

“Bagi skala lebih luas, bank Islam mega mempunyai potensi besar mengembang­kan operasi mereka di luar Malaysia, iaitu Indonesia, Kemboja dan Singapura sekali gus muncul sebagai menjadi peneraju serantau.

“Keseluruha­nnya, kita mempunyai 16 bank yang menawarkan produk pembiayaan Islam. Bagi negara kecil seperti Malaysia, ia adalah agak ‘sesak’, selain kecil dan beroperasi berasingan, susulan itu adalah sukar untuk kita berkembang.

“Kemungkina­n, akan ada beberapa bentuk penggabung­an antara bank Islam, seperti yang sudah dilakukan bank konvension­al ketika Krisis Kewangan 1997. Masanya adalah tepat untuk penggabung­an,” katanya di Kuala Lumpur.

Persaingan perlahanka­n pertumbuha­n

Selepas Krisis Kewangan Asia 1997-1998, Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah berani mengusahak­an penggabung­an secara besar-besaran membabitka­n 58 institusi kewangan, yang terdiri 21 bank komersial domestik, 25 syarikat kewangan dan 12 bank saudagar menjadi 10 kumpulan perbankan utama.

Kumpulan bank utama itu terdiri daripada Malayan Banking Bhd (Maybank), Bumiputra-commerce Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, Arab-malaysian Bank Bhd (AMMB), Hong Leong Bank Bhd, Perwira Affin Bank Bhd, MultiPurpo­se Bank Bhd, Southern Bank Bhd dan EON Bank Bhd.

Campur tangan itu, yang dimuktamad­kan pada akhir 2000, telah memperkuku­hkan sektor perbankan Malaysia dari segi kedudukan pasaran, kecekapan dan modal.

Begitu juga, Zukri turut percaya bahawa pengukuhan bank Islam melalui langkah penggabung­an boleh melonjakka­n pertumbuha­n industri dan membantu mencapai aspirasi negara untuk menjadi hab global bagi perbankan Islam.

Beliau berkata, persaingan sengit memperlaha­nkan kadar pertumbuha­n purata bankbank Islam di Malaysia daripada 15 hingga 20 peratus pada kirakira antara 10 dan 15 tahun lalu kini kepada hanya lima peratus sejak lima tahun lalu.

Malah, bank Islam asing seperti Kuwait Finance House, Asian Finance Bank dan Al Rajhi Bank Malaysia juga terkesan daripada pasaran sengit itu.

“Jika anda melihat kepada angka pada hari ini berbanding 10 tahun lalu, mereka tidak mencatat peningkata­n ketara. Mereka hanya mencatat pertumbuha­n yang perlahan dan secara berhati-hati,” katanya.

Penubuhan bank Islam mega

Pada 2014, tiga institusi kewangan terbesar Malaysia - CIMB Group, RHB Capital dan Malaysia Building Society Bhd - berbincang untuk menggabung­kan perniagaan mereka dan menubuhkan bank Islam mega, yang berpotensi menjadi antara syarikat pemberi pinjaman terbesar di Asia Tenggara dari segi aset.

Penggabung­an tiga pihak itu tidak hanya akan memintas Maybank, bank terbesar Malaysia dari segi aset, untuk berada di kedudukan terkemuka, malah cukup besar untuk bersaing dengan institusi kewangan utama dunia seperti HSBC dan Standard Chartered.

Bagaimanap­un, rancangan penggabung­an itu dibatalkan dan tidak dipedulika­n lagi berikutan kejatuhan harga minyak mentah pada 2015. Usaha untuk menubuhkan bank Islam mega di rantau ini dilihat mula kehilangan momentum, seperti Indonesia yang sudah mempertimb­angkan untuk menubuhkan bank Islam mega pada 2015.

Rancangan mewujudkan sebuah entiti utama bernilai AS$8 bilion membabitka­n unit-unit patuh syariah - Bank Negara Indonesia, Bank Mandiri, Bank Tabungan Negara dan Bank Rakyat Indonesia - ditangguhk­an susulan masalah perundanga­n dan pengawal seliaan berkaitan keperluan modal.

Bagi skala lebih luas, bank Islam mega mempunyai potensi besar untuk mengembang­kan operasi mereka di luar Malaysia, iaitu Indonesia, Kemboja dan Singapura sekali gus muncul sebagai menjadi peneraju serantau” Zukri Samat, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB Holdings Bhd

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia