Berita Harian

BAPA LIHAT 2 ANAK HANGUS DALAM LORI TERBALIK DI SANDAKAN

Adik beradik rentung selepas lori dipandu bapa saudara terbakar

- Oleh Poliana Ronnie Sidom dan Juzaimie Jazlan bhnews@bh.com.my

“Saya hanya mampu melihat mereka maut depan mata tanpa dapat berbuat apa-apa,” kata Faizal Osman, bapa dua kanak-kanak yang rentung dalam kejadian lori membawa muatan tong petroleum cecair (LPG) meletup, malam kelmarin.

Puteri Amanda, 8, dan Puteri Marcella, 5, ditemui maut berpelukan selepas lori dinaiki bersama pasangan suami isteri, Hasim Pilando, 32, dan Ikin, 21, terbabas ke gaung, lalu meletup dan terbakar dalam kejadian di Kampung Pampang, dekat sini, kira-kira jam 7.15 malam.

Menceritak­an kejadian itu, Faizal berkata, dua anaknya itu mengikut bapa saudara mereka menaiki lori enam tan untuk ke rumah nenek terletak kira-kira 400 meter dari rumahnya, selepas makan malam.

Permintaan terakhir

Katanya, dia tidak menyangka perubahan sikap anak bongsunya, Puteri Marcella yang lebih banyak makan, selain menyatakan mahu tidur bergelap sehari sebelum kejadian sebagai petanda anaknya itu akan meninggalk­an mereka.

“Sehari sebelum kejadian, Marcella cakap ‘biarlah tidur dalam gelap’ kerana bekalan elektrik putus.

“Bapa mana tidak sedih apabila kejadian berlaku depan mata, namun kami tak dapat selamatkan mereka, kami reda dengan ketentuan ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Pampang, semalam.

Faizal berkata, ketika kejadian, isterinya, Marinah Pilando, 27, melihat lori terbabit masuk gaung dan memanggiln­ya, sebelum mereka berlari ke lokasi berkenaan, bagaimanap­un keadaan api terlalu marak dengan ketinggian kira-kira 30 meter.

Katanya, nasib menyebelah­i seorang lagi anaknya, Mohd Izal, 7, kerana tidak menaiki lori terbabit selepas dilarang.

Pemandu melecur 20 peratus

“Marcella dan Amanda adalah anak yang baik, Amanda juga pelajar yang bijak di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Putih,” katanya.

Dua beradik itu dikebumika­n dalam satu liang lahat bersebelah­an dengan kubur datuk mereka di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pampang, petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata dua lagi mangsa yang dirawat di Hospital Duchess of Kent, di sini berada dalam keadaan kritikal.

“Pemandu lori (Hasim) melecur 20 peratus, manakala isterinya 88 peratus dan masih ditempatka­n di zon merah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ??
 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Keadaan lori yang terbakar selepas terbabas ke dalam gaung di Kampung Pampang, Batu 10, Sandakan.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Keadaan lori yang terbakar selepas terbabas ke dalam gaung di Kampung Pampang, Batu 10, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia