Berita Harian

TUKAR KERAJAAN BUKAN JAMINAN SELESAI SEMUA MASALAH: NAJIB

PM khuatir tindakan lebih memudaratk­an negara, rakyat seperti peristiwa ‘Arab Springs’

- Oleh Amin Ridzuan Ishak dan Nik Sukry Ramli

Datuk Seri Najib Razak menegaskan, menukar kerajaan bukan jaminan dan penyelesai­an terbaik untuk semua masalah.

Tindakan itu, kata Perdana Menteri, sebaliknya dikhuatiri lebih memudaratk­an negara dan rakyat, seperti peristiwa ‘Arab Springs’ yang menyaksika­n banyak negara di Asia Barat kini bergolak.

“Menukar kerajaan bukan penyelesai­an, kalau lebih baik masuk akal. Kalau lebih buruk, lebih mendatangk­an bala dan bencana serta lebih tidak menentu, itu bodoh punya kerja. Minta maaf terpaksa kata.

“Menjatuhka­n kerajaan sedia ada tidak akan menjanjika­n kerajaan yang lebih baik,” katanya yang juga Presiden UMNO ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Lipis, di sini semalam.

Malaysia bukan negara gagal

Sambil menegaskan Malaysia bukan negara gagal, sekali gus tiada keperluan menukar kerajaan sedia ada, Najib berkata: “Kenapa perlu menukar kerajaan kalau kerajaan sedia ada boleh membantu rakyat dan membangunk­an negara.”

Sementara itu, beliau berkata, pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak kembali kepada UMNO tidak akan memberi kesan kerana paling penting adalah sokongan tiga juta ahli parti.

“Apabila Tun M kata tidak mahu kembali kepada UMNO, teruskanla­h. Dia tidak balik (kembali kepada UMNO) pun tiada masalah, saya bukan takbur atau hina dia.

“Saya sedar dengan penuh tawaduk bahawa menjadi presiden parti pun tidak kuat, sebaliknya yang kuat adalah lebih tiga juta ahli UMNO yang sokong kepemimpin­an presiden,” katanya.

Najib juga menempelak Dr Mahathir yang sering membuat serangan peribadi terutama dalam isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) sedangkan beliau sendiri gagal ketika mentadbir apabila negara kerugian berbilion ringgit.

Katanya, tidak banyak dibuat untuk membangunk­an sektor pengangkut­an awam ketika zaman pentadbira­n Dr Mahathir, malah ada yang terpaksa pula diselamatk­an kerajaan seperti perkhidmat­an bas serta monorel.

“PROTON gagal, kita kena selamatkan dengan beri RM1.5 bilion, tambah lagi RM1.5 bilion. PERWAJA, MAS dan Bakun pun rugi, semua ‘bail out’ (diselamatk­an). Rugi akibat pertukaran asing (urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara sekitar 1990-an). Siapa nak jawab?

“Nanti dia jawablah kepada Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI). Mengapa dia sebut 1MDB dan kata ada masalah, (sedangkan) ia (1MDB) ada aset serta tanah yang boleh tarik pelabur dan dapat keuntungan,” katanya.

UMNO parti paling konsisten Maran,

Di Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Maran, berkata UMNO kekal parti paling konsisten serta jelas hala tuju kerana keberhasil­an perjuangan sekian lama dalam membela bangsa, agama dan negara.

Presiden UMNO memetik seorang sarjana sains politik terkenal dari Perancis, Alexis de Tocquevill­e menerusi bukunya bertajuk, Demokrasi di Amerika yang menjelaska­n parti politik hebat perlu bercirikan falsafah, ideologi dan tunjang.

“Ketiga-tiga sudut itu dimiliki UMNO yang jelas falsafah, ideologi dan tunjangnya. Kalau kita lihat sebelah sana (pembangkan­g) cuba nak ambil pemerintah­an negara, sedangkan siapa nak jadi Perdana Menteri pun tidak jelas,” katanya.

 ?? [FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Najib bersama perwakilan UMNO pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di Kuala Lipis, semalam.
[FOTO MUHD ASYRAF SAWAL/BH] Najib bersama perwakilan UMNO pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di Kuala Lipis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia