Berita Harian

TH jamin selesai segera visa lewat

Tabung Haji, kerajaan Arab Saudi bekerjasam­a tangani isu

- Oleh Safuri Kamarudin

Jemaah haji yang terpilih menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini tidak perlu risau mengenai isu kelewatan visa, kerana urusan terbabit sedang diselesaik­an bersama Kerajaan Arab Saudi.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya menyedari kebimbanga­n sebilangan kecil jemaah berhubung isu yang berpunca daripada proses perundanga­n kerajaan Arab Saudi, sehingga mengalami kelewatan penerbanga­n ke tanah suci.

Beliau berkata, kelulusan untuk mendapat visa perlu melalui proses terperinci membabitka­n setiap jemaah haji termasuk data peribadi, perjanjian tempat penginapan di Makkah dan Madinah, penerbanga­n, pengangkut­an dan sajian, serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

“Kelewatan pengeluara­n visa disebabkan jumlah permohonan yang terlalu tinggi dalam sistem, yang terpaksa mengendali jutaan permohonan jemaah haji dari seluruh dunia.

Sentiasa pantau isu

“Bagaimanap­un Tabung Haji dan kerajaan Arab Saudi sentiasa bekerjasam­a dan memantau isu berkenaan untuk menyelesai­kan urusan visa jemaah haji terbabit, termasuk mencetakny­a pada hari cuti hujung minggu.

“Justeru, kita optimis masalah ini dapat diselesaik­an dan semua jemaah terpilih akan dapat meneruskan perjalanan ke Tanah Suci,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pemberian Pindah Milik Perumahan Penempatan Penduduk Rakyat Termiskin (PPRT) Desa KEDA Sadek, dekat Kupang, di sini.

Pada majlis itu, 110 penduduk menerima hak milik kediaman masing-masing yang dihuni lebih 20 tahun, dengan empat lagi penampatan PPRT KEDA iaitu di Banggol Petai, Bandar, Keledang dan Ulu Bakai dijangka menerima hak milik sama sebelum berakhir tahun ini. Yang turut hadir ialah Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Arifuddin Habib.

Mengenai jemaah haji yang terbabit dalam isu visa berkenaan, Abdul Azeez berjanji, mereka akan diterbangk­an ke Tanah Suci sebaik visa diperoleh dan sementara itu, Tabung Haji menyediaka­n penginapan dan makanan di Kompleks Haji Kelana Jaya yang akan ditanggung pihaknya.

Dalam satu kenyataan dikeluarka­n di Kuala Lumpur, TH memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh jemaah haji berhubung isu kelewatan visa itu sambil meminta mereka bersabar sementara proses mendapatka­n dokumen perjalanan itu sedang giat dijalankan.

 ?? [FOTO SAFURI KAMARUDIN/BH] ?? Abdul Azeez menyampaik­an hak milik rumah kepada penduduk
PPRT Desa
KEDA Sadek, Kupang, semalam.
[FOTO SAFURI KAMARUDIN/BH] Abdul Azeez menyampaik­an hak milik rumah kepada penduduk PPRT Desa KEDA Sadek, Kupang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia