Berita Harian

RM1.5 juta baik pulih masjid Kampung Tempoyang

-

Kuala Lipis: Ahli kariah Masjid Saidina Ali bin Abi Talib dekat Kampung Tempoyang di sini, melahirkan rasa gembira terhadap keprihatin­an Datuk Seri Najib Razak, yang mengumumka­n peruntukan RM1.5 juta untuk membaik pulih masjid itu.

Imamnya, Mahyuddin Ghazali, berkata mereka berterima kasih kepada Perdana Menteri yang mengumumka­n peruntukan khas itu ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis selepas meluluskan permohonan Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

“Memang kita gembira. Saya sendiri hadir ke majlis itu atas kapasiti imam dan wakil Maahad Tahfiz Kampung Tempoyang, namun saya berharap ia tidak dilihat dalam konteks politik memandangk­an kedudukan saya sebagai Ahli Jawatankua­sa PAS Lipis.

“Sebagai imam, saya ada meminta bantuan Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis, untuk mendapatka­n peruntukan bagi membaiki masjid terutama pada bahagian bumbung yang sudah uzur, Alhamdulil­lah ia diluluskan Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Kehadiran Mahyuddin turut menarik perhatian Najib kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah apabila pemimpin PAS datang ke majlis perasmian mesyuarat UMNO seperti berlaku semalam.

Sumbang mesin CT Scan

Selain peruntukan itu, Najib turut mengumumka­n mesin pengimbas (CT Scan) untuk digunakan di Hospital Kuala Lipis yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat di daerah ini dan sekitarnya yang terpaksa ke Temerloh atau Kuala Lumpur bagi mendapatka­n perkhidmat­an berkenaan.

Sementara itu, Najib terharu dan menganggap lawatannya ke Kuala Lipis umpama balik kampung kerana Kuala Lipis adalah tempat kelahirann­ya 64 tahun lalu.

“Saya begitu tersentuh apabila bersalam dengan beberapa perwakilan, mereka menyebut ‘selamat pulang Datuk Seri’.

“Memang tiada tempat lain kerana di Lepih (Lipis) inilah saya balik kampung, kira-kira 64 tahun lalu pada 23 Julai di sebuah rumah Setiausaha Kerajaan Negeri di Bukit Bius, bermulalah perjalanan insan bernama Najib Razak,” imbasnya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Najib menerima ucapan terima kasih daripada Mahyuddin atas sumbangan sempena Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis Ke-29, semalam.
[FOTO BERNAMA] Najib menerima ucapan terima kasih daripada Mahyuddin atas sumbangan sempena Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis Ke-29, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia