Berita Harian

Syor guna SOSMA bendung anasir ancam negara

-

Tuaran: Tindakan tegas termasuk menerusi Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkahlan­gkah Khas) 2012 (SOSMA) perlu digunakan ke atas pihak di negara ini yang menyalurka­n dana kepada agensi asing untuk memburukka­n kerajaan di luar negara.

Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Noor, menyifatka­n langkah itu sebagai wajar kerana tindakan membiayai agensi asing untuk menghentam kerajaan menyebabka­n negara terdedah kepada ancaman keselamata­n dari luar.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu menggunaka­n peruntukan undang-undang sedia ada bagi membendung anasir negatif, sama ada di dalam atau luar negara daripada terus menyebarka­n berita tidak betul mengenai kerajaan.

Hantar nota bantahan

Pada masa sama, katanya, Wisma Putra perlu menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di negara ini berikutan campur tangan berhubung isu 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) menerusi Jabatan Keadilanny­a (DOJ).

Dua perkara itu antara usul diluluskan UMNO bahagian berkenaan pada mesyuarat perwakilan­nya semalam yang dirasmikan oleh Pengerusi UMNO Sabah merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, berkata campur tangan asing ada kaitan dengan pihak tertentu dalam negara yang berniat jahat untuk menjatuhka­n kerajaan kerana kepentinga­n peribadi sempit dan tujuan ekonomi.

Bersatu menentang anasir luar

“Berikutan itu, UMNO Tuaran mengusulka­n pemimpin dan ahli parti bersatu menentang anasir luar daripada campur tangan urusan negara dengan menjadi alat untuk melemahkan Barisan Nasional (BN) dan melumpuhka­n UMNO,” katanya.

Hajiji turut mencadangk­an UMNO dan BN menggunaka­n kuasa politik yang ada bagi menyekat sumber dana yang digunakan pihak tidak bertanggun­gjawab bagi membiayai pihak asing untuk menyebarka­n berita memburukka­n negara.

Usul lain UMNO Tuaran ialah terus menyokong kepemimpin­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mensejahte­rakan rakyat tanpa menghirauk­an fitnah dan dakyah dilemparka­n oleh bekas pemimpin UMNO.

pihak berkuasa perlu menggunaka­n peruntukan undang-undang sedia ada bagi membendung anasir negatif” Hajiji Noor, Ketua UMNO Bahagian Tuaran

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia