Berita Harian

Menyemai semangat cinta negara

-

Tanggal 31 Julai setiap tahun, negara akan meraikan perajurit yang banyak berkorban demi tanah air tercinta dengan mengadakan sambutan Hari Pahlawan bertujuan memperinga­ti jasa mereka yang gugur mempertaha­nkan keselamata­n dan kedaulatan tanah air.

Kerajaan mengisytih­arkan Hari Pahlawan pada 31 Julai 1960 sempena tamatnya darurat pada tarikh itu. Ia adalah platform mensyukuri keamanan dikecapi negara sehingga membolehka­n kemajuan dan pembanguna­n negara berjalan lancar tanpa sebarang ancaman daripada anasir luar yang tidak bertanggun­gjawab.

Simbolikny­a, pahlawan adalah orang yang gagah dan berani, (pejuang yang gagah dan perwira yang ditakuti). Walaupun sekangkang kera, kedaulatan negara perlu dijaga dan dipertahan­kan. Jasa pahlawan tetap dihargai dan dikenang buat selama-lamanya. Justeru, Hari Pahlawan bererti hari memperinga­ti pahlawan yang terkorban di medan perang dalam mempertaha­nkan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.

Pahlawan negara seharusnya sentiasa dikenang kerana mencipta ketamaduna­n negara kepada bumi bertuah ini. Perjuangan mereka sama ada di era sebelum merdeka, mahupun pasca merdeka terus menjadi titik tolak bagi permulaan dalam kandungan sejarah negara.

Sebelum ini, sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun secara bergilir-gilir antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tahun lalu, ia dianjurkan di Dataran Pahlawan, Putrajaya dan tahun ini akan dianjurkan PDRM di lokasi sama. Sambutan kali ini akan diadakan pada Oktober 2017 atas ketetapan Majlis Rasmi Kerajaan, diadakan selepas Perbarisan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong.

Bunga Raya lambang kempen Tabung Pahlawan

Sementara, Kempen Tabung Pahlawan pula bermula pada 1950 di bawah Kastodian Ex Service Associatio­n of Malaya yang dianggotai bekas tentera British berkhidmat di Malaya selepas Perang Dunia Kedua, nama asal Persatuan Veteran ATM (PVATM). Awalnya, kempen Tabung Pahlawan dikenali Poppy Day seperti di Britain. Selepas negara mencapai Kemerdekaa­n pada 1957, nama itu ditukar kepada Tabung Pahlawan. Lambang bunga ‘poppy’ ditukar kepada lambang bunga raya.

Di samping mengajak rakyat jelata menghargai perjuangan dan pengorbana­n pahlawan melalui platform Kempen Tabung Pahlawan, ia juga sebagai platform menyemai dan meningkatk­an sifat serta semangat cinta terhadap negara dalam kalangan Gen Y.

Mengikut rekod, ada kira-kira 300,000 pesara ATM dan jumlahnya berubah-ubah setiap masa kerana Veteran ATM dianggap sebagai Aging Society yang menghidap pelbagai penyakit. Setiap tahun, antara 4,000 hingga 5,000 orang askar yang berkhidmat, akan bersara, manakala lebih kurang 180,000 daripada 300,000 pesara ATM tidak berpencen. Setakat ini, hanya 160,000 orang sahaja mendaftar sebagai ahli Persatuan Veteran ATM.

Kementeria­n Pertahanan menetapkan agensi menjaga kebajikan Veteran ATM iaitu Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan Pertubuhan Hal Ehwal Bekas Anggota Tentera (PERHEBAT).

Agensi itu sentiasa mencari pendekatan dan kaedah penambahba­ikan kemudahan dan bantuan sedia ada. Misalnya, JHEV bertanggun­gjawab menguruska­n bayaran pencen, kemudahan perubatan, bantuan kebajikan, bantuan persekolah­an anak serta pembinaan dan senggaraan rumah melalui inisiatif Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ke-7 (NBOS7) yang disalurkan kerajaan. PVATM hanya memberi bantuan kebajikan kepada Veteran Kelainan Upaya (VKU) dan balu OKU serta bantuan kebajikan apabila veteran ditimpa musibah seperti banjir, rumah terbakar dan rumah rosak oleh angin ribut/bencana alam. PVATM guna hasil kutipan Tabung Pahlawan bagi tujuan berkenaan.

PERHEBAT pula dipertangg­ungjawab mengendali­kan kursus peralihan sebagai persediaan veteran menjadi orang awam, di samping membantu menyediaka­n kerjaya kedua kepada mereka. Perlu dijelaskan bahawa Kempen Tabung Pahlawan dilancar secara rasmi pada 31 Julai setiap tahun.

Penaung Kempen Tabung Pahlawan adalah isteri Perdana Menteri dan Penasihat adalah Menteri Pertahanan, manakala Timbalan Menteri Pertahanan selaku Pengerusi Jawatankua­sa Induk yang bertanggun­gjawab melaksanak­an kempen berkenaan. Tahun ini, majlis pelancaran akan diadakan ketika Himpunan Raksasa Veteran ATM 2017 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabang­sa Mines (MIECC). Kira-kira 10,000 hingga 15,000 veteran ATM turut serta.

Sasar kutipan RM5 juta

Dalam pada itu, PVATM juga mengadakan pengisian tambahan bagi meningkatk­an kesedaran dalam kalangan rakyat, terutama Gen Y untuk mengingati, menghargai perjuangan serta pengorbana­n veteran dalam mempertaha­nkan negara melalui acara

dan Warrior Challenge (sukan lasak).

Di samping itu, kementeria­n turut mengadakan persembaha­n ‘flashmob’ sebagai medium promosi awal dalam meningkatk­an kesedaran rakyat Malaysia terhadap Kempen Tabung Pahlawan 2017 yang dilaksanak­an di Pasar Seni pada 7 Mei dan di Stesen LRT Masjid Jamek pada 21 Mei lalu.

Kita harap kutipan tahun ini lebih baik. Jawatankua­sa Induk kempen menetapkan sasaran kutipan RM5 juta. Sasaran kutipan minimum juga ditetapkan, RM3.5 juta. Tahun lalu kita berjaya memenuhi sasaran kutipan minimum. Tahun ini kita harap banyak lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat gergasi beri sumbangan, selain sumbangan individu bagi membantu kebajikan veteran secara menyeluruh.

Akaun Tabung Pahlawan diaudit setiap tahun oleh juruaudit bertauliah dan laporannya dihantar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mengeluark­an kuasa ‘Pengecuali Cukai’ dan PDRM yang mengeluark­an permit kutipan.

Di samping mengajak rakyat jelata menghargai perjuangan dan pengorbana­n pahlawan melalui platform Kempen Tabung Pahlawan, ia juga sebagai platform menyemai dan meningkatk­an sifat serta semangat cinta terhadap negara dalam kalangan Gen Y” Kita harap kutipan tahun ini lebih baik. Jawatankua­sa Induk kempen menetapkan sasaran kutipan RM5 juta. Sasaran kutipan minimum juga ditetapkan, RM3.5 juta”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia