Berita Harian

Aliff Aziz jelaskan kes ditahan polis hari ini

-

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi kontrovers­i, Aliff Aziz, bakal tampil menjelaska­n segala isu berkaitan insiden ditahan polis atas dakwaan mengasari isterinya, Bella Astillah.

Artis berusia 26 tahun itu yang belum mengeluark­an sebarang kenyataan sejak dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin, akan berbuat demikian pada sidang media yang dijangka diadakan di sini, hari ini.

“Saya rasa, saya perlu menjelaska­n hal sebenar. Jadi, semuanya akan saya nyatakan esok (hari ini),” kata artis kelahiran Singapura itu ketika menghubung­i BH, semalam.

Kena tahan kasari isteri

Jumaat lalu, industri hiburan kecoh dengan berita penahanan Aliff yang didakwa mengasari Bella yang masih dalam pantang selepas 20 hari melahirkan anak sulung mereka, Mohamad Ayden Adrean.

Pelakon itu ditahan selepas Bella, 23, membuat laporan polis mendakwa dipukul suaminya di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras, di sini kira-kira jam 4.30 petang Khamis lalu.

 ??  ?? Laporan BH Sabtu lalu.
Laporan BH Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia