Berita Harian

Kurang pengetahua­n, kebajikan sosial terabai

-

Kuala Lumpur: Penggiat seni, termasuk pekerja di belakang tabir sanggup menerima pekerjaan berdasarka­n kontrak untuk perkhidmat­an walaupun menyedari mereka kehilangan pelbagai faedah, terutama berkaitan keselamata­n sosial pekerjaan.

Khuatir kehilangan sumber pendapatan, mereka dikategori­kan sebagai bekerja sendiri itu dikatakan tiada pilihan menerima apa juga tawaran memandangk­an ramai pesaing yang bersedia mengambil upah jauh lebih murah.

Tak mampu ‘demand’

Presiden Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave, berkata atas alasan berkenaan penggiat seni terbabit tidak mampu demand dengan syarikat produksi, asalkan pekerjaan berkenaan dimiliki mereka.

“Biasanya pekerja di belakang tabir seperti jurukamera, juru lampu, jurutera bunyi, pelakon lagak ngeri dan pembantu produksi tidak akan memilih.

Kurang pengetahua­n

“Yang penting bagi mereka dapat pekerjaan sekali gus upah. Namun, kurangnya pengetahua­n berkaitan kebajikan, menyebabka­n mereka meletakkan­nya sebagai perkara nombor dua.

“Saya dimaklumka­n kadar caruman Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) untuk yang bekerja sendiri iaitu 1.25 peratus pendapatan bulanan dan ia bukan satu bebanan kepada artis berbanding faedah yang menanti.

“Justeru, saya meminta penggiat seni ini dapat mencarum sama ada kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) atau PERKESO,” katanya kepada BH.

Mengulas lanjut, DJ Dave berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai Akta Keselamata­n Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), perlu direbut penggiat seni untuk mencarum.

Bergabung bincang caruman

“Saya difahamkan kita memiliki 61 persatuan berkaitan penggiat seni antaranya Papita, Seniman, Karyawan, Gafim dan sebagainya. Mereka ini memiliki pangkalan data setiap ahlinya dan bertanggun­gjawab menyebarka­n maklumat (Akta 789), yang baik sebegini.

“Kalau boleh semua persatuan ini bergabung dan menemui PERKESO bagi membincang­kan caruman untuk penggiat seni.

“Kita tidak tahu akan nasib pada masa depan, mungkin dengan adanya caruman PERKESO sedikit sebanyak dapat meringanka­n bebanan,” katanya.

 ?? [FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] ?? DJ Dave meminta penggiat seni supaya dapat mencarum sama ada dalam KWSP atau PERKESO demi menjaga kebajikan masing-masing.
[FOTO NIK HARIFF HASSAN/BH] DJ Dave meminta penggiat seni supaya dapat mencarum sama ada dalam KWSP atau PERKESO demi menjaga kebajikan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia