Berita Harian

SPRM nafi dakwaan sahkan tiada unsur rasuah dalam kes JANS

Agensi pertimbang buat aduan polis terhadap fitnah disebar dalam media sosial

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan kononnya ia mengesahka­n tiada unsur rasuah dalam kes membabitka­n Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

SPRM berkata, dakwaan itu dikesan disebar di media sosial oleh pihak tidak bertanggun­gjawab sejak semalam.

“Tiga individu termasuk bekas Pengarah JANS dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kesalahan pengubahan wang haram pada 29 Disember tahun lalu, manakala sebutan kes ditetapkan pada 8 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

SPRM berkata, tiga yang dituduh ialah Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 54; isterinya Fauziah Ag Piut, 51; dan Lim Lam Beng, 62.

Didakwa 12 pertuduhan

Katanya, Ag Mohd Tahir didakwa dengan 12 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Fauziah dan Lam Beng masingmasi­ng didakwa dengan 19 pertuduhan bernilai RM 2.2 juta dan empat pertuduhan bernilai RM2.38 juta mengikut Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001.

SPRM berkata, kesalahan mengikut AMLATFPUAA 2001 membabitka­n hasil wang haram yang diperoleh daripada kesalahan mengikut Akta SPRM 2009 oleh perasuah.

Agensi itu mengingatk­an semua pihak supaya tidak memutar-belitkan isu kes JANS.

“SPRM akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di laman media sosial untuk memastikan tiada pihak cuba mencemarka­n reputasi SPRM.

“Pengurusan Tertinggi SPRM menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia