Berita Harian

Pengarah syarikat direman

-

Putrajaya: Seorang pengarah syarikat direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporatio­n (FIC) di Kuching, Sarawak pada 2014.

Perintah tahanan reman bermula semalam hingga 4 Ogos ini dikeluarka­n Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di sini.

Suspek yang berusia 57 tahun itu adalah pengarah kepada syarikat yang memiliki hotel berkenaan.

Siasatan awal Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati pengarah syarikat itu melantik syarikat yang bertindak sebagai ejen menguruska­n pembelian hotel empat bintang itu.

Suspek ditahan SPRM jam 1.30 tengah hari kelmarin di pejabat SPRM Kuching dan disiasat mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu suspek tiba di Mahkamah Majistret pada jam 10.40 pagi diiringi pegawai SPRM dengan berbaju lokap SPRM berwarna jingga dan bergari.

Kelmarin, SPRM turut menahan reman dua lagi individu, masing-masing berusia 47 dan 51 tahun, iaitu pengarah syarikat yang dilantik sebagai ejen urus niaga pembelian hotel itu.

Serbu enam lokasi

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahka­n kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel berkenaan yang disyaki dibeli dengan harga lebih tinggi dari pasaran selepas agensi itu menyerbu enam lokasi dan merampas pelbagai dokumen berkaitan pembelian hotel itu.

BH turut melaporkan, pembelian hotel terkemuka itu disyaki meraih keuntungan ‘atas angin’ sehingga RM50 juta daripada transaksi terbabit kerana dipercayai nilai pasaran sebenar ketika itu hanya RM110 juta tetapi harga pembelian dibayar FIC selaku cabang pelaburan FELDA mencecah RM160 juta.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Pengarah syarikat dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam selepas dikenakan reman enam hari.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Pengarah syarikat dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam selepas dikenakan reman enam hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia