Berita Harian

Imbangi ulang kaji dengan persiapan kerohanian

-

Gerik: Selain melakukan persiapan mengulang kaji bagi menghadapi peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) setiap calon juga perlu mengimbang­inya dengan persiapan kerohanian.

Ketua Unit Akademik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Perak, Azuan Abd Rahman, berkata antara kewajipan utama, termasuk tidak meninggalk­an solat lima waktu, mentaati ibu bapa dan menghormat­i guru.

“Jika semua murid berupaya melaksanak­an kewajipan itu, mereka dapat menjadi insan yang cemerlang.

“Sabar dalam menuntut ilmu, tingkatkan kesabaran kerana orang hebat sentiasa diuji,” katanya ketika berucap merasmikan Klinik UPSR BH Didik peringkat Hulu Perak, di sini, baru-baru ini.

Jangan leka guna gajet

Klinik itu dianjurkan BH dengan kerjasama PPD Hulu Perak dan Majlis Daerah Gerik.

Yang turut hadir ialah Pengarang Berita Pendidikan BH, Ridzuan Yop dan Pengurus Program Klinik UPSR BH Didik Hulu Perak, Yuzarani Yusof.

Azuan berkata, setiap murid perlu menggunaka­n kesempatan yang ada ketika menyertai klinik itu bagi mendapat panduan belajar dan menjawab soalan dengan berkesan daripada penceramah yang disediakan BH.

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ?? Azuan (tengah) bersama-sama peserta Klinik UPSR BH peringkat PPD Hulu Perak di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik, baru-baru ini.
[FOTO L MANIMARAN/BH] Azuan (tengah) bersama-sama peserta Klinik UPSR BH peringkat PPD Hulu Perak di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia