Berita Harian

Semakan keputusan ke UA mulai 3 Ogos

-

Kuala Lumpur: Status permohonan program lepasan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) dan setaraf dengannya bagi kemasukan ke universiti awam (UA) sesi akademik 2017/2018 boleh disemak mulai 3 Ogos ini.

Pejabat Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanath­an dalam kenyataan, berkata semakan boleh dilakukan bermula jam 12 tengah hari di portal rasmi UPU, iaitu http://upu.mohe.my.

Semakan menerusi empat portal

Selain itu, semakan boleh dibuat menerusi portal empat institusi berkaitan, http://jpt.uum.edu.my; http://jpt.ums.edu.my; https://jpt.utm.my dan https://jpt.unimas.my.

“Selain laman sesawang, semua calon boleh menghubung­i 03-88706767 bagi mendapatka­n maklumat lanjut.

“Bagi mereka yang gagal mendapat tawaran boleh mengemukak­an rayuan bermula pada jam 12 tengah hari, 3 Ogos sehingga jam 11.59 malam, 7 Ogos, ” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia